Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/476616
Title: | Pengecaman gaya jalan dan tingkah laku bagi kes rempit berasaskan jelmaan songsang pantas Fourier dan histogram berorientasikan kecerunan |
Authors: | Siti Zaharah Abd. Rahman (P75888) |
Supervisor: | Siti Norul Huda Sheikh Abdullah, Prof. Madya Dr. |
Keywords: | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia Pengecaman Pergerakan Tingkah laku Jelmaan songsang |
Issue Date: | 29-Mar-2018 |
Description: | Pengecaman individu dan pengecaman tingkah laku pergerakan manusia berdasarkan gaya jalan menggunakan perwakilan imej tenaga iaitu purata imej bayangan dalam satu kitaran lengkap menjadi garis dasar dalam bidang pendekatan penampakan. Namun begitu, gaya jalan adalah peka terhadap sebarang perubahan. Kebanyakan tahap pencapaian terkini dalam bidang penyarian fitur, kaedah perwakilan imej berkecerunan spasial masih kurang efisien apabila mengendalikan keadaan kes berkovariat seperti membawa beg dan memakai kot. Sungguhpun penggunaan kaedah Histogram berorientasikan Kecerunan (HiK) dalam mengesan pejalan kaki dan individu merupakan kaedah paling berkesan, namun ketepatan pengecaman masih rendah apabila ia diuji pada set data bagi kes kovariat. Selain itu, walaupun banyak kamera litar tertutup yang dipasang dalam bandar, namun sistem pengawasan berpusat yang mengandungi berbilang skrin masih bergantung kepada pemerhatian kasar oleh pihak berkuasa apabila pengecaman tingkah laku pergerakan manusia bagi kes gaya rempit. Ini menyukarkan pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan dan tangkapan dengan lebih tangkas. Selain itu, Polis DiRaja Malaysia hanya akan dapat mengesan aktiviti rempit atau kesalahan menunggang motorsikal yang membabitkan perlawanan di jalan raya setelah menerima aduan daripada masyarakat dan membuat rondaan pada kawasan terbabit.. Justeru, kajian ini mencadangkan satu gabungan fitur frekuensi dan spasial berasaskan berasaskan jelmaan Songsang Pantas Fourier dan Histogram berorientasikan Kecerunan bergelar jSFG-HiK bagi pengecaman gaya jalan dan satu kerangka kerja mengecam tingkah laku pergerakan manusia bagi kes gaya rempit dengan menggunakan kaedah fitur usulan jSFG-HiK. Kajian ini merangkumi tiga fasa utama iaitu fasa pemprosesan imej, fasa penyarian fitur dalam penghasilan perwakilan imej baru dan fasa pengelasan. Fasa pertama terdiri daripada proses penduaan imej dan penjanaan imej tenaga menggunakan purata imej gaya jalan dalam satu kitaran. Dalam fasa kedua pula, kaedah usulan jSFG-HiK digunakan sebagai penyarian fitur selepas penjanaan imej tenaga. Selain itu, kaedah usulan jSFG-HiK turut ditambahbaik dengan menggunakan jarak Chebyshev bagi mengira magnitud kecerunan bagi meningkatkan kadar ketepatan pengecaman. Akhir sekali, menggunakan kaedah pengelas k-Jiran Terdekat (K-NN) dengan nilai k=1 digunakan untuk pengelasan individu dalam fasa ketiga. Sebanyak 124 individu dalam set data CASIA B telah diuji menggunakan kaedah usulan jSFG-HiK. Ia menunjukkan prestasi yang lebih baik dalam pengkelasan imej tenaga individu dengan nilai purata kejituan bagi set data normal, membawa beg dan memakai kot adalah sebanyak 96.7%, 93.1% dan 99.6% berbanding kaedah HOG sebanyak 94.1%, 85.9% dan 96.2%. Kaedah usulan jSFG-HiK juga menggunakan masa pengkomputeraan yang rendah. Di samping itu, kajian ini juga menunjukkan kaedah usulan jSFG-HiK memberi prestasi yang baik dalam pengecaman tingkah laku pergerakan manusia bagi kes gaya rempit dengan ketepatan 75.1% berbanding dengan kaedah HOG sebanyak 73.1%.,Sarjana Teknologi Maklumat,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana / Doktor Falsafah"" |
Pages: | 98 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_122002+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 880.97 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.