Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/476615
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorSiti Norul Huda Sheikh Abdullah, Prof. Madya Dr.-
dc.contributor.authorNur Aliyatul Husna Yahya (P75007)-
dc.date.accessioned2023-10-06T09:22:23Z-
dc.date.available2023-10-06T09:22:23Z-
dc.date.issued2018-03-30-
dc.identifier.otherukmvital:121943-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/476615-
dc.descriptionPenemberengan imej adalah proses membahagikan imej kepada dua bahagian iaitu sasaran dan latar belakang. Kaedah tradisional ambang pelbagai aras entropi akan mencari nilai ambang secara satu persatu kerana ia tidak melalui proses pengoptimuman lalu mengambil masa pemprosesan yang lama dan menyebabkan imej yang terhasil adalah kurang berkualiti. Kaedah entropi terkini pula, masih kurang efisien dalam menghasilkan nilai ambang yang optimum berdasarkan nilai keseragaman. Menurut kajian lepas lagi, teknik ambang pelbagai aras entropi Tsallis berasaskan pelbagai teknik pengoptimuman yang dikaji kurang memberangsangkan dan boleh diperbaiki dengan menggunakan teknik pengoptimuman yang terkini. Sehubungan itu, kajian ini mencadangkan teknik-teknik ambang pelbagai aras entropi berasaskan pengoptimuman terkini iaitu Algoritma Lebah Levy Tompok untuk penemberengan imej. Ia berasaskan beberapa langkah iaitu pengawalan populasi penyelesaian kombinasi-kombinasi ambang, fungsi kesesuaian populasi berasaskan nilai entropi, pencarian setempat dan pencarian sejagat. 10 imej dataset piawaian telah digunakan untuk menguji kaedah penemberengan cadangan. Keputusan menunjukkan kaedah ambang pelbagai aras entropi Tsallis berasaskan Algoritma Lebah Levy Tompok mampu memberikan kualiti imej penemberengan yang baik setara dengan kaedah entropi Kapur dan lebih baik berbanding entropi Renyi berdasarkan keputusan purata nilai keseragaman masing-masing sebanyak 0.977123, 0.977073 dan 0.954979. Selain itu, kaedah ambang pelbagai aras Tsallis berasaskan pengoptimuman terkini ini memberikan kualiti imej yang lebih baik berbanding Pengoptimuman Kerumunan Partikel, Algoritma Genetik dan Pencarian Bakteria berdasarkan purata nilai keseragaman masing-masing sebanyak 0.979386, 0.975205, 0.972782 dan 0.977055. Penemberengan imej merupakan satu sub-proses dalam penyetempatan imej untuk sistem Pengecaman Aksara Plat Pendaftaran Kenderaan. Selain itu, sistem ini masih kurang teguh akibat pencahayaan persekitaran yang berbeza ketika waktu pagi, tengah hari dan malam. Kaedah penemberengan imej sedia ada adalah tidak berkualiti serta kurang efisien dalam proses penyetempatan aksara plat pendaftaran kenderaan. Seterusnya, kajian ini adalah untuk menjalankan pengujian teknik-teknik cadangan ambang pelbagai aras entropi berasaskan Algoritma Lebah Levy Tompok dalam penyetempatan aksara plat pendaftaran kenderaan. Ia merangkumi beberapa langkah iaitu cadangan penemberengan imej, pengumpulan blob dan paparan lokasi. 589 dataset nombor plat kenderaan UKM-SYNERGY diuji untuk penyetempatan aksara plat pendaftaran kenderaan. Kaedah ambang pelbagai aras Tsallis entropi berasaskan Algoritma Lebah Levy Tompok menunjukkan peningkatan kejituan berbanding kejituan kaedah entropi Kapur dan entropi Renyi. Nilai purata kejituan entropi Tsallis, entropi Kapur dan entropi Renyi adalah sebanyak 64.76%, 60.91% dan 54.97%.,Sarjana Sains Komputer,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana / Doktor Falsafah""-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat-
dc.rightsUKM-
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.subjectPenemberengan imej-
dc.subjectTeknik ambang-
dc.subjectAlgoritma-
dc.titlePenemberengan imej menggunakan teknik ambang pelbagai aras entropi Tsallis berasaskan Algoritma Lebah Levy Tompok-
dc.typetheses-
dc.format.pages94-
dc.identifier.barcode005772(2021)(PL2)-
Appears in Collections:Faculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_121943+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
588.65 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.