Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/476614
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorZurina Muda, Dr.
dc.contributor.authorHusna Sari Abdul Rashid (P68481)
dc.date.accessioned2023-10-06T09:22:22Z-
dc.date.available2023-10-06T09:22:22Z-
dc.date.issued2018-08-20
dc.identifier.otherukmvital:121882
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/476614-
dc.descriptionLaman sesawang dan aplikasi khusus berkaitan dengan kanser kanak-kanak masa kini masih kurang menitikberatkan reka bentuk dan susun atur elemen multimedia yang bersesuaian. Antara muka tidak menarik minat serta perhatian pengguna. Informasi laman sesawang adalah dalam bentuk teks yang padat. Medium penyampaian semasa juga tidak menerapkan elemen motivasi sebagai sokongan moral kepada ibu bapa atau penjaga pesakit kanser. Penggunaan elemen multimedia di dalam medium penyampaian maklumat perlu diberi perhatian. Sekiranya tidak bersesuaian akan merosakkan fungsi keseluruhan sistem dan tidak memberi manfaat kepada pengguna. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti dan mengimplementasi elemen multimedia dan interaktif; komponen interaksi dan pendekatan yang sesuai dalam menghasilkan satu reka bentuk interaksi infografik interaktif kanser kanak-kanak. Sasaran pengguna adalah umum khususnya ibu bapa atau penjaga pesakit kanser. Metodologi kajian mengintegrasi model ADDIE yang mengandungi lima fasa iaitu analisis, reka bentuk, pembangunan, pelaksanaan dan penilaian. Kajian ini dilakukan untuk memudahkan pengguna memperoleh maklumat mengenai kanser kanak-kanak secara dalam talian dengan cepat dan lebih berkesan pada bila-bila masa. Laman sesawang yang dibangunkan juga boleh digunakan sebagai medium alternatif kepada para doktor dalam menyampaikan maklumat kepada pesakit, ibu bapa atau penjaganya. Prototaip dibangunkan berasaskan yang model konseptual dibentuk dan penilaian dijalankan oleh 5 pakar dan 15 pengguna. Hasil penilaian menunjukkan peningkatan ketara (bacaan min skor 4.30 ke atas) terhadap kebolehgunaan laman sesawang i-Hope dan infografik interaktif mampu meningkatkan kefahaman responden terhadap kanser kanak-kanak. Kesimpulannya, pembangunan reka bentuk interaksi bagi infografik interaktif kanser kanak-kanak ini telah berjaya menambah pengetahuan dan memberi manfaat kepada orang ramai dalam mendapatkan maklumat relevan dengan lebih cepat, mudah dan berkesan.,Sarjana Teknologi Maklumat,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana / Doktor Falsafah""
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat
dc.rightsUKM
dc.subjectInformation visualization
dc.subjectInteractive multimedia
dc.subjectCancer in children
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.titleReka bentuk interaksi bagi infografik interaktif kanser kanak-kanak (i-Hope)
dc.typetheses
dc.format.pages100
dc.identifier.callnoQA76.9.I52 H847 2018 3 tesis
dc.identifier.barcode005515(2021)(PL2)
Appears in Collections:Faculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_121882+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
16.58 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.