Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/476610
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Rosilawati Sulaiman, Dr. | - |
dc.contributor.author | Nor Faradila Kolan (P84011) | - |
dc.date.accessioned | 2023-10-06T09:22:16Z | - |
dc.date.available | 2023-10-06T09:22:16Z | - |
dc.date.issued | 2018-02-19 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:121875 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/476610 | - |
dc.description | Transaksi perniagaan melalui lelongan elektronik (e-Lelong) telah semakin popular walaupun dalam kalangan pengguna Muslim. Sehubungan itu timbul keperluan membangun e-lelong patuh syariah. Isu kebolehpercayaan pengguna masih wujud walaupun dalam kalangan pengguna Muslim dalam e-lelong patuh syariah. Sistem reputasi sering diguna sebagai platform untuk mengukur kebolehpercayaan terhadap maklum balas pengguna dalam transaksi e-Lelong. Namun sistem reputasi e-Lelong sering dimanipulasi oleh pengguna untuk meningkat reputasi masing-masing dengan membentuk kumpulan kohesif yang berkomplot menipu dalam memberi maklumbalas. Kelakuan ini jelas melanggar etika perniagaan Islam. Selain itu kelemahan sistem reputasi e-lelong termasuk tiada sokongan masa-nyata, serta gagal memberi kepercayaan dan maklumat tepat kepada pengguna. Untuk menambahbaik sistem reputasi kajian ini mencadangkan kerangka kepercayaan berlandaskan etika perniagaan Islam. Kerangka ini mengambilkira atribut kepercayaan umum, kod etika perniagaan Islam dan analisis rangkaian sosial. Kerangka dibangun berasaskan premis bahawa pengguna yang mengamalkan etika perniagaan yang baik dianggap lebih dipercayai. Kerangka ini mencadangkan algoritma Etika Perniagaan Islam (EPI) yang mengira skor kepatuhan pengguna terhadap etika perniagaan Islam (skor EPI) berdasarkan maklumbalas rakan niaga. Oleh kerana penipuan maklumbalas masih boleh berlaku, kajian ini memperkenal algoritma Kumpulan Kohesif (KK) untuk mengesan pengguna yang berkomplot melakukan penipuan maklumbalas. Algoritma KK menggunakan algoritma k-core yang mampu menentukan kekuatan hubungan pengguna dalam kumpulan kohesif. Algoritma KK juga mencadangkan skor kohesif pengguna yang menentukan status kebolehpercayaan maklumbalas setiap transaksi pengguna berdasarkan nilai k-core pengguna dan k-core tertinggi. Seterusnya reputasi sebenar pengguna (skor kepercayaan) diukur dengan mengambilkira status kebolehpercayaan maklumbalas kesemua transaksi. Suatu protaip sistem reputasi e-lelong dibangun sebagai tapak ujian untuk mengesah kerangka kepercayaan yang dicadang melalui simulasi eksperimen. Berdasar 4 simulasi eksperimen dengan mempelbagai tempoh masa transaksi dan jumlah pengguna yang berbeza, analisis keputusan mendapati kumpulan kohesif lebih cenderung terbentuk dalam tempoh masa pendek berbanding tempoh masa yang panjang. Tempoh masa pendek boleh membawa kepada pelbagai konspirasi dengan cepat dan tidak memerlukan masa yang panjang maka lebih efisyen membentuk kumpulan kohesif manakala tempoh masa yang panjang boleh merubah etika pengguna menjadi lebih di percayai dan menyukarkan kesepakatan untuk membentuk kumpulan kohesif. Keputusan ujian menunjukkan peratusan kepercayaan pengguna bertambah dari tempoh masa yang paling pendek iaitu satu (1) hari sehingga lebih dari 365 hari. Analisis kajian menunjukkan bagi tempoh satu (1) hari purata skor kepercayaan pengguna hanya 4.64% manakala dalam tempoh tujuh (7) hari adalah 20.77%. Seterusnya dalam tempoh 30 hari peratus skor kepercayaan telah meningkat kepada 62.85% dan dalam tempoh 365 hari peningkatan kepada 100% boleh dipercayai.,Sarjana Sains Komputer,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana / Doktor Falsafah"" | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Faculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Internet auctions | - |
dc.subject | Electronic commerce (Islamic law) | - |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | - |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | - |
dc.title | Kerangka kepercayaan sistem reputasi e-lelong berlandaskan etika perniagaan islam | - |
dc.type | theses | - |
dc.format.pages | 181 | - |
dc.identifier.callno | HF5478.N647 2018 3 tesis | - |
dc.identifier.barcode | 005517(2021)(PL2) | - |
Appears in Collections: | Faculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_121875+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 12.48 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.