Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/476608
Title: Kerangka kerja analisis kelestarian bagi industri pemprosesan minyak sawit
Authors: Ng Geok Khim (P75393)
Supervisor: Syaimak Abdul Shukor, Dr.
Keywords: Palm oil industry -- Environmental aspects -- Malaysia
Food ndustry and trade -- Malaysia
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 22-Nov-2018
Description: Industri pemprosesan makanan merupakan satu sektor utama yang menyumbang kepada ekonomi negara. Industri pemprosesan minyak sawit merupakan satu sub-sektor di dalam industri pemprosesan makanan yang semakin pesat berkembang dalam beberapa dekad ini. Pembangunan secara lestari adalah penting dalam industri terutamanya dari aspek persekitaran. Kajian literatur menunjukkan pembangunan industri pemprosesan makanan yang pesat boleh membawa kesan negatif kepada persekitaran sehingga menyebabkan peningkatan pencemaran, sisa dan sumber alam sekitar. Kebanyakan pemegang taruh dan pihak pengurusan memberi fokus kepada keuntungan berbanding dengan isu persekitaran. Selain itu, kaedah dan sistem yang digunakan untuk menilai kelestarian mempunyai kelemahan misalnya penggunaan indikator yang berbeza dan indikator yang diperkenalkan di peringkat antarabangsa tidak sesuai untuk digunakan dalam industri pemprosesan minyak sawit. Objektif penyelidikan ini adalah untuk mengenal pasti indikator kelestarian dalam industri pemprosesan minyak sawit dan membangunkan kerangka kerja bagi menilai kelestarian industri pemprosesan minyak sawit berdasarkan indikator kelestarian yang dikenal pasti. Seterusnya Analisis Kelestarian Minyak Sawit (AKMinS) dibangunkan untuk menilai kebolehgunaan kerangka kerja tersebut dengan kajian kes untuk mencapai objektif ketiga. Kajian ini menggunakan kaedah Delphi untuk mengesahkan set indikator yang dijana dari kajian literatur serta kerangka kerja penilaian kelestarian berdasarkan set indikator tersebut. Kerangka kerja AKMinS dibangun dengan kombinasi Penunjuk Prestasi Utama (KPI), indikator yang ditentukan dan teknik Proses Hierarki Analitik (AHP). Teknik AHP digunakan dalam untuk menentukan pemberat indikator dan menghasilkan indeks kelestarian. Penyelidikan ini menghasilkan set indikator piawaian yang sesuai digunakan dalam menilai kelestarian industri pemprosesan minyak sawit. Indeks kelestarian yang dihasilkan boleh dijadikan sebagai penanda aras untuk industri yang tiada penilaian kelestarian sebelum ini. AKMinS yang dibangunkan untuk penilaian kelestarian dapat memberi maklumat yang teliti kepada pemegang taruh ketika membuat keputusan terhadap isu persekitaran. Selain itu, perkongsian maklumat kelestarian antara kilang juga boleh dijalankan untuk menambahbaik kualiti operasi masing-masing.,Sarjana Teknologi Maklumat,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana / Doktor Falsafah""
Pages: 154
Call Number: TP684.P3N464 2018 3 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_121872+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
17.2 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.