Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/476606
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorZawiyah Mohamad Yusof, Prof. Dr.-
dc.contributor.authorNoursilawati Abdul Halim (P77859)-
dc.date.accessioned2023-10-06T09:22:10Z-
dc.date.available2023-10-06T09:22:10Z-
dc.date.issued2018-08-01-
dc.identifier.otherukmvital:121870-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/476606-
dc.descriptionPertambahan maklumat digital dalam jumlah yang besar mengakibat organisasi mengalami fenomenon kebanjiran maklumat. Sebahagian besar organisasi menyelesai isu maklumat dan pengurusannya mengguna teknologi walhal teknologi hanya merupakan alat bagi membantu memudah pengurusan maklumat sehingga meskipun melibatkan pelaburan yang besar namun tetap tidak dapat menyelesai isu maklumat. Inisiatif pengurusan maklumat perlu dilakukan mengguna pendekatan pengurusan dengan berpaksi kepada konsep kitar hayat maklumat supaya mencakupi semua aspek serta tidak mendatangkan ancaman kepada maklumat. Bagi tujuan ini organisasi perlu mengambil pendekatan tadbir urus maklumat (TUM) kerana bersifat menyeluruh merangkumi semua status maklumat dan seluruh peringkat dalam kitar hayat maklumat dari pengwujudan sehingga pelupusan atau kitar semula. TUM terdiri daripada komponen dasar, pengurusan rekod dan maklumat (PRM), tadbir urus teknologi maklumat (TUICT), pematuhan undang-undang, keselamatan maklumat, pengurusan risiko dan bisnes bagi menyokong tadbir urus korporat. Belum ada kerangka TUM yang berbentuk umum yang boleh diadaptasi secara terus oleh organisasi lain terutamanya dalam sektor awam kerana kerangka sedia ada dibangun mengikut objektif dan keperluan khusus organisasi berkaitan. Kajian ini mengguna pendekatan kualitatif bagi mengenal pasti, menentu dan mengesah faktor bagi membangun kerangka TUM supaya dapat memenuhi keperluan sektor awam di Malaysia. Kerangka TUM yang lengkap perlu mengambil kira dimensi manusia, teknologi, dasar dan proses. Namun, kajian ini menumpu kepada dimensi dasar sahaja dengan tujuan membangun kerangka dasar. Data dikumpul mengguna teknik temu bual, pemerhatian dan analisis kandungan dokumen manakala sampel dipilih berdasarkan persampelan bertujuan dan snowball. MAMPU pula dipilih sebagai kajian kes. Analisis data didasarkan kepada tema dan ditafsir tanpa mengubah konteks. Hasil analisis menunjukkan tidak ada dasar TUM yang menyeluruh bagi memandu sektor awam mengurus maklumat. Inisiatif TUM pula diamal secara terpencar-pencar tanpa berdasarkan prinsip pengurusan maklumat yang sebenar selain daripada cenderung kepada penyelesaian teknikal. Justeru, satu kerangka dasar TUM dibangun berdasarkan faktor dan item yang bersesuaian dengan sektor awam di Malaysia supaya dapat dijadikan panduan bagi membangun dasar TUM yang lengkap dan menyeluruh.,Sarjana Sistem Maklumat,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana / Doktor Falsafah""-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat-
dc.rightsUKM-
dc.subjectInformation technology -- Management-
dc.subjectInformation resources management-
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.titleKerangka dasar tadbir urus maklumat sektor awam di Malaysia-
dc.typetheses-
dc.format.pages149-
dc.identifier.callnoT58.64.N657 2018 3 tesis-
dc.identifier.barcode005506(2021)(PL2)-
Appears in Collections:Faculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_121870+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
22.19 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.