Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/476602
Title: | Penyediaan rangka kerja pembangunan rekod kesihatan elektronik berdasarkan faktor keselamatan |
Authors: | Zuraimeen Othman (P72212) |
Supervisor: | Nurhizam Safie Mohd Satar, Prof. Madya Dr. |
Keywords: | Medical records -- Access control Medical records -- Data processing Computer security Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 20-Jan-2018 |
Description: | Rekod Kesihatan Elektronik adalah rekod kesihatan elektronik yang dicipta oleh organisasi penjagaan kesihatan yang memberikan perkhidmatan penjagaan kesihatan seperti klinik dan hospital. Penggunaan Rekod Kesihatan Elektronik, diperlukan kerana berlaku peningkatan keperluan untuk pertukaran maklumat antara organisasi penyedia perkhidmatan penjagaan kesihatan (healthcare provider). Kajian ini menganalisa faktor keselamatan dalam pembangunan Rekod Kesihatan Elektronik dengan menggabungkan kajian teoritikal dan empirikal. Kajian teoritikal dibuat berdasarkan kajian terhadap model dan piawaian sediaada diperingkat global dan tempatan manakala kajian empirikal adalah melibatkan temubual keatas beberapa orang doktor serta individu yang terlibat secara langsung dalam penggunaan aplikasi Rekod Kesihatan Elektronik. Hasil kajian teoritikal dan empirikal digunakan untuk membangunkan rangka kerja berdasarkan garis panduan yang tertakluk dalam Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 dan juga Akta Kemudahalihan dan Kebertanggungjawaban Insurans Kesihatan (HIPAA). Meskipun terdapat rangka kerja yang dibangunkan oleh pengkaji terdahulu, namun ia lebih berbentuk rangkakerja am dan belum ada yang memfokus kepada faktor keselamatan dan privasi data secara khusus. Peringkat terakhir adalah analisis kajian bagi mengesahkan rangka kerja ini yang dibuat oleh pihak domain yang terdiri daripada pembekal penjagaan kesihatan dan pegawai IT. Rangka kerja ini boleh dijadikan panduan oleh agensi kerajaan untuk menghasilkan pelan tindakan pembangunan sistem Rekod Kesihatan Elektronik dengan tahap keselamatan yang lebih tinggi serta mematuhi standard yang ditetapkan.,Sarjana Sistem Maklumat,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana / Doktor Falsafah"" |
Pages: | 98 |
Call Number: | R864.Z847 2018 3 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_121831+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 15.85 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.