Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/476598
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Zulaiha Ali Othman, Prof. Madya Dr. | - |
dc.contributor.author | Mohamed Rafique Othman (P68512) | - |
dc.date.accessioned | 2023-10-06T09:21:58Z | - |
dc.date.available | 2023-10-06T09:21:58Z | - |
dc.date.issued | 2018-04-10 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:121777 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/476598 | - |
dc.description | Pelbagai kaedah metaheuristik telah dibina dan diaplikasi untuk menyelesaikan domain MJK. Antara kaedah yang berpotensi ialah metaheuristik kategori populasi. Algoritma Umpama Aliran Air (AAA) adalah satu contoh metaheuristik kategori ini. Beberapa hasil dari kajian lalu membuktikan AAA memiliki potensi setelah mencatatkan keputusan-keputusan solusi yang baik menerusi jentera eksploitasinya. Namun, prestasi eksploitasi AAA dilihat terhad disitu dan mampu ditingkatkan lagi. Sehubungan itu, objektif kajian ini dikendalikan adalah untuk meningkatkan prestasi eksploitasi AAA melalui kaedah hibrid yang melibatkan gabungan 2 metaheuristik iaitu AAA dan Gelintiran Pembolehubah Kejiranan (GPK). Elemen utama GPK ialah operasi-operasi carian tempatan dan kajian telah membuktikan keberkesanan GPK dalam meningkatkan prestasi eksploitasi metaheuristik. Dalam kajian ini, dua eksperimen terlibat. Eksperimen pertama melibatkan pemerhatian pretasi terhadap lima operasi carian tempatan: 2-opt, 3-opt, 4-opt, Pemasukan, dan Pertukaran. Dalam eksperimen ini, 3 set piawai masalah MJK simetri diguna. Setiap set mewakili set data berskala kecil, set data berskala sederhana dan set data berskala besar. Prestasi yang diperolehi oleh semua operasi carian tempatan dalam peringkat ini akan diterjemah dan dinilai. Hanya empat operasi carian tempatan akan dipilih untuk menjadi struktur GPK sebagai jentera untuk eksperimen sebenar. Setelah selesai proses penentuan empat operasi carian tempatan, eksperimen sebenar bermula. Sebanyak 26 set piawai masalah MJK simetri terlibat dalam eksperimen ini. Fokus pemerhatian adalah terhadap prestasi solusi yang diperolehi. Setelah dinilai, AAA-GPK memberikan keputusan solusi yang baik berbanding AAA disamping berjaya mengekalkan prestasi rekod terbaik masa kini. Perbandingan turut dilakukan terhadap metaheuristik hibrid yang lain. Prestasi solusi AAA-GPK dilihat kompetitif kerana jurang perbezaan tidak ketara. Secara keseluruhan, AAA berpotensi untuk ditambah baik kerana memiliki elemen-elemen yang tidak sensitif apabila mengalami proses penghibridan dengan algoritma lain. Secara jelas, terdapat elemen-elemen dalam AAA yang mampu ditingkat untuk mencapai kadar keseimbangan penerokaan dan eksploitasi. Disamping itu, AAA wajar diketengah sebagai salah satu algoritma yang berupaya memberikan sumbangan yang tersendiri dalam usaha memperkasa metaheuristik.,Sarjana Sains Komputer,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana / Doktor Falsafah"" | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Faculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Computer algorithms | - |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | - |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | - |
dc.title | Hibridisasi algoritma umpama aliran air dengan gelintiran pembolehubah kejiranan untuk masalah jurujual kembara | - |
dc.type | theses | - |
dc.format.pages | 95 | - |
dc.identifier.callno | QA76.9.A43M8474 2018 3 tesis | - |
dc.identifier.barcode | 005484(2021)(PL2) | - |
Appears in Collections: | Faculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_121777+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 11.13 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.