Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/476595
Title: Penilaian amalan pengurusan risiko dalam projek sistem maklumat di sektor awam : kajian kes
Authors: Badrulhisham Baharuddin (P84261)
Supervisor: Maryati Mohd Yusof, Prof. Madya Dr.
Keywords: Information technology
Risk management
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: Jan-2019
Description: Projek Sistem Maklumat (SM) menghadapi pelbagai risiko disebabkan oleh kerumitan dan teknikaliti projek tersebut. Kebanyakan projek sistem maklumat sektor awam gagal mencapai objektif projek disebabkan pelbagai faktor termasuklah kelemahan dalam menguruskan risiko. Sekiranya tidak diuruskan dengan baik, risiko mampu memberi ancaman kepada hasil projek seperti kualiti perisian yang rendah dan kemungkinan untuk menemui kegagalan. Di sebalik perhatian dan penekanan yang berturusan terhadap kepentingan pengurusan risiko semasa pelaksanaan projek, amalan pengurusan risiko adalah masih rendah dan tidak diamalkan dengan sepenuhnya. Perhatian kurang diberikan terhadap penilaian ke atas tahap amalan sebenar pengurusan risiko dan faktor yang mempengaruhinya. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk menilai tahap sebenar amalan pengurusan risiko dalam projek sistem maklumat di sektor awam dan mengenalpasti faktor yang mempengaruhinya. Penilaian tahap amalan pengurusan risiko dilakukan melalui kajian kes kualitatif berdasarkan pendekatan Model Kematangan Pengurusan Risiko bagi projek sistem maklumat yang dibangunkan. Informan dipilih berdasarkan penglibatan aktif mereka di dalam projek X dan penilaian dilaksanakan melalui temubual kumpulan fokus separa berstruktur dan analisis dokumen. Sebanyak 15 faktor amalan pengurusan risiko dikenalpasti dan dinilai oleh pakar pembangunan sistem maklumat sektor awam. Kajian ini mendapati beberapa elemen utama pengurusan risiko masih diabaikan sepenuhnya oleh pengurusan projek. Polisi, kesedaran dan budaya pengurusan risiko merupakan antara faktor utama yang memberi kesan kepada amalan pengurusan risiko dalam projek sistem maklumat. Dapatan ini boleh digunakan sebagai garis panduan untuk menambahbaik dan meningkatkan pelaksanaan pengurusan risiko semasa pembangunan projek.,Sarjana Sistem Maklumat,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana / Doktor Falsafah""
Pages: 100
Call Number: T58.5.B334 2019 3 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_121726+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
14.85 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.