Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/476591
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorMohamad Shanudin Zakaria, Prof. Madya Dr.-
dc.contributor.authorSiti Narimah Jamali (P65687)-
dc.date.accessioned2023-10-06T09:21:48Z-
dc.date.available2023-10-06T09:21:48Z-
dc.date.issued2018-08-02-
dc.identifier.otherukmvital:121715-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/476591-
dc.descriptionPengurusan Risiko Teknologi Maklumat (PRTM) ialah penggunaan kaedah dalam pengurusan risiko untuk mengurus risiko Teknologi Maklumat (IT) iaitu risiko bisnes berkaitan dengan penggunaan, operasi, penglibatan dan pengaruh IT dalam organisasi. Tujuan kajian ini adalah untuk menangani beberapa isu pelaksanaan PRTM di Pusat Penyelidikan Tasik Chini (PPTC), Universiti Kebangsaan Malaysia . Kajian ini membantu PPTC untuk memperbaiki dan meningkatkan kesedaran pengurusan risiko melalui kejayaan penglibatan semua pekerja dalam kegiatan harian dan pembuatan keputusan. Kajian adalah berbentuk tinjauan yang dirancang mengguna kaedah soal selidik dan temu bual. Data dikumpulkan melalui soal selidik dan temu bual bersama kakitangan PPTC, masyarakat Orang Asli dan di lokasi stesen pengawasan sungai. Data yang telah dianalisis telah menghasilkan penemuan positif dan negatif. Pertama, ketiadaan pelan kerja pengurusan risiko dalam PPTC. Kedua, konsep pengurusan risiko kurang difahami oleh beberapa kakitangan PPTC. Ketiga, pusat penyelidikan perlu mempromosikan beberapa aspek polisi pengurusan risiko IT seperti membangunkan sistem pengurusan risiko khas atau model khas untuk pendaftaran risiko dan penyimpanan data. Penemuan positif boleh dikategorikan kepada dua perkara utama yang umum dan tidak terhad kepada IT. Pertama, pihak pengurusan tertinggi PPTC semakin berminat dalam melaksanakan pengurusan risiko yang lengkap untuk mencapai objektif pusat penyelidikan. Kedua, mereka yang bertanggungjawab untuk mengurus risiko telah merangka perancangan dan pelan tindakan yang diperlukan untuk mengurus risiko melalui pembinaan satu pelan tindakan khusus untuk pusat penyelidikan dan membentuk pelan tindakan sekiranya kualiti air di Tasik Chini tercemar berdasarkan pengalaman PPTC. Ini adalah bukti jelas bahawa PPTC mampu membangun dan bergantung kepada sumber sendiri untuk bergerak ke hadapan. Dapatan kajian ini digunakan juga dalam pembangunan prototaip sistem amaran awal kualiti air kepada kakitangan PPTC dan masyarakat Orang Asli yang menetap di sekitar Tasik Chini. Dapatan kajian ini hanya cukup untuk mengenal pasti status pelaksanaan pengurusan risiko PPTC. Penyelidikan lanjut dan kajian masa depan dalam bidang pengurusan risiko adalah penting untuk menyediakan pusat penyelidikan dengan strategi paling terkini dan berkesan bagi mengatasi dan mengurangkan semua risiko yang berpotensi. Sumbangan utama kajian ini adalah membentuk garis panduan yang jelas dan menyeluruh untuk pengurusan risiko kualiti air Tasik Chini dan pengurusan pusat penyelidikan.,Sarjana Teknologi Maklumat,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana / Doktor Falsafah""-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat-
dc.rightsUKM-
dc.subjectInformation technology-
dc.subjectRisk management-
dc.subjectWater quality -- Measurement -- Pahang-
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.titleSatu pendekatan pengurusan risiko dalam pembangunan sistem amaran awal : kajian kes di Tasik Chini-
dc.typetheses-
dc.format.pages105-
dc.identifier.callnoT58.5.S565 2018 3 tesis-
dc.identifier.barcode005477(2021)(PL2)-
Appears in Collections:Faculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_121715+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
14.91 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.