Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/476589
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorZurina Muda, Dr.-
dc.contributor.authorSiti Najihah Hasbullah (P68505)-
dc.date.accessioned2023-10-06T09:21:45Z-
dc.date.available2023-10-06T09:21:45Z-
dc.date.issued2018-08-20-
dc.identifier.otherukmvital:121712-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/476589-
dc.descriptionAktiviti di dalam bengkel merupakan sebahagian daripada pembelajaran secara praktikal dalam bidang teknikal dan vokasional. Aspek keselamatan harus diberi keutamaan untuk mengelakkan sebarang kemalangan dan kecederaan. Kesedaran tentang kepentingan mengikuti peraturan keselamatan dan SOP penggunaan pada mesin masih lagi rendah terutamanya dalam kalangan pelajar. Selain itu sistem peraturan keselamatan yang sedia ada kurang menarik minat pelajar untuk menggunakannya. Maka, kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti tahap kefahaman pelajar terhadap peraturan keselamatan di bengkel perabot dengan menghasilkan reka bentuk model latihan simulasi 3D (i-Safe) bagi mewujudkan medium aplikasi yang berinformasi kepada pelajar dalam skop langkah keselamatan di bengkel perabot. Dua skop keselamatan yang diberi penekanan iaitu peraturan keselamatan dan SOP mesin yang digunakan. Metodologi kajian menggunakan Model DDD-E yang terdiri daripada fasa analisa, reka bentuk, pembangunan dan penilaian. Teori Domino Kemalangan-H.W. Heinrich, Teori Pembelajaran Sosial Albert Bandura dan model kompetensi Iceberg (Spencer & Spencer) pula diintegrasikan dalam model kajian. Aplikasi dibangunkan berdasarkan model dan seterusnya penilaian dilakukan oleh 23 orang responden yang terdiri daripada pensyarah dan pelajar dari Kolej Kemahiran Tinggi MARA Rembau. Penilaian bertujuan untuk menguji kebolehgunaan aplikasi dalam meningkatkan pengetahuan pengguna tentang peraturan keselamatan dan prosedur penggunaan mesin di bengkel perabot. Tumpuan diberi kepada pensyarah dan pelajar yang menggunakan bengkel. Hasil kajian menunjukkan semua responden bersetuju (min skor 4.0 ke atas) terhadap kebolehgunaan aplikasi ini dalam membantu pelajar untuk meningkatkan kefahaman tentang peraturan keselamatan dan SOP penggunaan mesin di bengkel perabot. Selain itu aplikasi ini boleh dimanfaatkan sebagai medium informasi latihan untuk penggunaan mesin dengan mengikut prosedur yang betul. Diharapkan kajian ini dapat memberi manfaat kepada pengguna dan dalam masa yang sama mencegah kemalangan yang boleh dielakkan daripada berlaku di dalam bengkel perabot.,Sarjana Teknologi Maklumat,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana / Doktor Falsafah""-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat-
dc.rightsUKM-
dc.subjectComputer animation-
dc.subjectThree-dimensional display systems-
dc.subjectIndustrial safety -- Data processing-
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.titleSimulasi latihan keselamatan di bengkel perabot (i-Safe) menggunakan animasi 3D-
dc.typetheses-
dc.format.pages88-
dc.identifier.callnoTR897.7.S588 2018 3 tesis-
dc.identifier.barcode005476(2021)(PL2)-
Appears in Collections:Faculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_121712+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
14.86 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.