Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/476586
Title: Penilaian pembaziran dalam rekonsiliasi pengubatan menggunakan kaedah lean : satu kajian kes
Authors: Yudha Putra (P69606)
Supervisor: Maryati Mohd Yusof, Prof. Madya Dr.
Keywords: Information storage and retrieval systems -- Medical care
Medication errors
Lean manufacturing
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 26-Dec-2017
Description: Kesilapan pengubatan boleh disebabkan oleh beberapa faktor termasuk individu, ubat, sistem dan prosedur terlibat dalam proses pengubatan. Kesilapan pengubatan yang menyebabkan kemudaratan dikenali sebagai kesan mudarat ubat (Adverse Drug Event) (ADE). Rekonsiliasi pengubatan merupakan salah satu strategi pencegahan kesilapan pengubatan yang dilaksanakan di persekitaran klinikal. Walau bagaimanapun, cabaran dan halangan pelaksanaannya memberi kesan terhadap kecekapan proses rekonsiliasi pengubatan. Kajian ini bertujuan untuk menilai proses rekonsiliasi pengubatan, dalam usaha untuk mengurangkan ADE dan meningkatkan keselamatan pesakit. Satu kajian kes dijalankan di Jabatan Farmasi dan Perubatan Hospital XYZ, dan unit rujukan yang berkaitan, dengan menggunakan kaedah temubual, pemerhatian dan analisis dokumen. Alatan Lean A3 Problem-Solving digunakan untuk menganalisis proses rekonsiliasi pengubatan semasa dan mencadang penambahbaikan proses. Kajian mendapati bahawa terdapat pembaziran dalam pelaksanaan rekonsiliasi pengubatan seperti proses dan sistem maklumat kesihatan yang tidak selaras di antara Hospital XYZ, hospital lain dan komuniti penyedia kesihatan luar; kesilapan pengubatan seperti kadar kesalahan preskripsi yang sangat tinggi; kelewatan pemberian pengubatan kepada pesakit dan beban kerja klinikal yang tinggi. Beberapa penambahbaikan dicadangkan untuk menghapuskan pembaziran tersebut bagi memudahkan tugas pegawai perubatan melaksana proses rekonsiliasi pengubatan. Hasil kajian ini diharap dapat membantu menambahbaik pelaksanaan rekonsiliasi pengubatan untuk mengurangkan ADE dan meningkatkan keselamatan pesakit.,Sarjana Teknologi Maklumat,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana / Doktor Falsafah""
Pages: 99
Call Number: R858.P847 2017 3 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_121709+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
14.58 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.