Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/476577
Title: | Penstrukturan semula kriteria kebolehgunaan bagi portal kerajaan Malaysia : kajian kes portal MARA |
Authors: | Wan Siti Nur'Ain Omar (P72332) |
Supervisor: | Tengku Siti Meriam Tengku Wook, Dr. |
Keywords: | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia Government Web portals -- Malaysia Web portals -- Malaysia |
Issue Date: | 10-Jun-2016 |
Description: | Portal rasmi agensi kerajaan di Malaysia merupakan medium interaksi utama antara agensi kerajaan dengan orang awam, bagi memudahkan capaian maklumat dan perkhidmatan yang disediakan secara elektronik. Pembangunan antara muka berkualiti adalah penting bagi memastikan portal sebagai lapisan yang menghubung pengguna dengan kandungan portal, boleh diakses dengan mudah, lancar dan berkesan. Namun, capaian terhadap kandungan portal boleh terjejas sekiranya antara muka yang dibangun tidak dapat berfungsi dengan sempurna. Peningkatan isu kebolehgunaan telah menjejaskan interaksi pengguna terhadap portal kerana kegagalan pembangun mereka bentuk antara muka yang berkualiti. Selain itu, kekurangan rujukan untuk membangun portal berasaskan model kebolehgunaan serta garis panduan sedia ada yang kompleks turut menjadi faktor kegagalan mereka bentuk antara muka yang memenuhi keperluan pengguna. Garis panduan yang ada adalah tidak menyeluruh dan menyebabkan pemahaman pembangun terjejas untuk menyediakan antara muka yang boleh diguna dengan baik. Oleh itu, kajian ini dilakukan untuk mengenalpasti kriteria yang mempengaruhi kebolehgunaan portal sektor awam dan membangun model kriteria kebolehgunaan. Model ini boleh diubahsuai untuk dijadi rujukan kepada pembangun supaya dapat diguna dalam penilaian awal terhadap kebolehgunaan portal sektor awam. Kajian ini menggunakan analisis kuantitatif yang melibatkan 100 orang responden melalui persampelan rawak mudah untuk menilai portal Majlis Amanah Raya (MARA). Analisis kajian ini mengguna instrumen kaji selidik yang dibangun berasaskan model kriteria kebolehgunaan dihasil. Instrumen yang disediakan diuji menggunakan analisis Cronbach’s Alpha melalui kajian rintis serta disahkan oleh empat pakar yang terdiri daripada seorang pensyarah, dua orang pegawai teknologi maklumat dan seorang pelajar sarjana kedoktoran. Hasil analisis penilaian yang dilakukan, kajian mendapati daripada 16 kriteria kebolehgunaan diubahsuai yang diusulkan, terdapat tujuh daripadanya tidak disenaraikan oleh Multimedia Development Corporation (MDeC) sebagai kriteria wajib dalam penilaian portal agensi kerajaan tahun 2013 iaitu: Fungsi dan Kesesuaian; Sokongan dan Panduan; Ralat dan Pemulihan; Kawalan dan Kestabilan; Perisian dan Perkakasan; Proses Reka Bentuk dan Penilaian; serta Kerahsiaan. Berdasarkan pengujian hipotesis yang dilakukan, kesemua tujuh kriteria kebolehgunaan diubahsuai dipatuhi dengan sempurna dalam penyediaan portal MARA tersebut. Kajian ini memberikan sumbangan penting sebagai rujukan awal bagi semakan tahap kebolehgunaan portal melalui instrumen kaji selidik yang disediakan. Garis panduan pembangunan portal sektor awam sedia ada juga boleh ditambahbaik dan diperincikan oleh Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) dan MDeC, berdasarkan model kriteria kebolehgunaan diubahsuai untuk menghasilkan portal yang memenuhi keperluan pengguna sebenar.,Tesis ini tiada “Perakuan Tesis Sarjana / Doktor Falsafah”,Sarjana Teknologi Maklumat |
Pages: | 122 |
Call Number: | ZA5078.M4W336 2016 3 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_121287+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 1.08 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.