Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/476570
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorMohammad B. Kassim, Profesor Madya Dr.-
dc.contributor.authorTan Siew San (P52436)-
dc.date.accessioned2023-10-06T09:21:17Z-
dc.date.available2023-10-06T09:21:17Z-
dc.date.issued2012-09-10-
dc.identifier.otherukmvital:120522-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/476570-
dc.descriptionDua siri ligan benzoiltiourea hasil tindak balas di antara benzoil isotiosianat dan amina primer atau sekunder telah berjaya dihasilkan. Siri pertama diperoleh dengan menggunakan amina primer untuk menghasilkan ligan N-benzoil-N'-feniltiourea (H2L1), N-benzoil-N'-(2-klorofenil)tiourea (H2L2), N-benzoil-N'-(3-nitrofenil)tiourea (H2L3), N-benzoil-N'-(4-nitrofenil)tiourea (H2L4), dan N-benzoil-N'-(4-hidroksifenil)tiourea (H2L5). Manakala, siri kedua pula melibatkan tindak balas antara benzoil isotiosianat dan amina bagi menghasilkan ligan N,N-metiletilbenzoiltiourea (HL1), N,N-metilpropilbenzoiltiourea (HL2), N,N-metilbutilbenzoiltiourea (HL3), N,N-dietilbenzoiltiourea (HL4), N,N-metilsikloheksilbenzoiltiourea (HL5), N,N-metilfenilbenzoiltiourea (HL6), N,N-etilbenzilbenzoiltiourea (HL7), dan N,N-(piperidina)benzoiltiourea (HL8). Semua ligan telah dicirikan berdasarkan analisis mikro-unsur CHNS, spektroskopi inframerah, ultra lembayung dan cahaya nampak dan resonans magnet nukleus 1H dan 13C. Tindak balas pengkompleksan di antara kobalt asetat dengan ligan benzoiltiourea terbitan amina sekunder LX (X=1-8) pada nisbah 1:3 telah menghasilkan kompleks kobalt benzoiltiourea. Data analisis telah mencadangkan formula umum [CoL3] yang mana pengoksidaan berlaku daripada ion Co2+ kepada Co3+. Struktur kompleks [Co(L6)3] juga telah diperoleh daripada kristalografi sinar-X yang menunjukkan kobalt ion adalah dalam geometry oktahedron terherot dan ligan adalah bertindak sebagai bidentat kelat yang berkoordinat melalui atom O dan S daripada kumpulan CO dan CS. Nilai momen kerentanan magnetik bagi kompleks adalah 0 atau < 0, hal ini menunjukkan bahawa kompleks yang dihasilkan adalah diamagnet yang berspin rendah dengan konfigurasi d6. Kumpulan amida telah dinyah-proton dan ligan telah membentuk ion thiolat sebelum terkoordinat dan ini terbukti dengan kehilangan isyarat (N-H) bagi semua kompleks yang diperoleh. Spektrum jisim GCMS menunjukkan kehadiran [Co(L1)2]+ dan [Co(L2)2]+ pada m/z= 501.2 (501.5 kiraan) dan 529.2 (529.6 kiraan) yang terbentuk hasil pemecahan kompleks asal. Spektrum IR ligan menunjukkan kehadiran (CO) dan (CS) masing-masing pada 1694-1649 cm-1 dan 1263-1216 cm-1 dan isyarat tersebut beralih kepada frekuensi yang lebih lemah iaitu masing-masing pada 1495-1474 cm-1 dan 1208-1168 cm-1 akibat daripada pengkompleksan. Tambahan juga, jalur serapan utama (NH) telah hilang dalam spektrum IR. Spektrum UV-Vis kompleks menunjukkan kehadiran peralihan elektron ???* yang meningkat kepada panjang gelombang yang lebih tinggi (278-281 nm, 8820-13,650 Lmol-1cm-1) berbanding serapan ligan benzoiltiourea (243-237 nm, 16,300-36,600 Lmol-1cm-1). Spektrum UV-Vis kompleks kobalt juga menunjukkan peralihan elektronik pada (613-618 nm, 665-767 Lmol-1cm-1) dan (470-480 nm, 260-1137 Lmol-1cm-1), masing-masing disebabkan peralihan cas 1A1g→1T1g dan 1A1g→1T2g . Jalur yang mempunyai keamatan yang rendah diwakili oleh orbital d?(penuh)->d?(kosong). Spektrum RMN 13C menunjukkan isyarat C=S (176.08-175.39 ppm) dan C-O (175.77-174.82 ppm) yang rendah berbanding isyarat ligan masing-masing pada 182.21-180.41 ppm dan 164.33-163.02 ppm. Spektrum 1H kompleks juga tidak menunjukkan isyarat N-H yang wujud bagi ligan pada kawasan sekitar 10.65-10.74 ppm. Data analisis dan struktur sinar-X kompleks menunjukkan ligan bertindak sebagai kelat bidentat (O,S) apabila berkoordinat dengan ion Co3+ untuk membentuk kompleks diamagnet neutral CoL3.,Tesis ini tiada Perakuan Tesis Sarjana / Doktor Falsafah"-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat-
dc.rightsUKM-
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations-
dc.subjectThiourea-Synthesis-
dc.subjectAmines-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.titleSintesis, struktur dan sifat spektroskopi kompleks kobalt (III) tris (benzoil tiourea) terbitan amina sekunder-
dc.typetheses-
dc.format.pages99-
dc.identifier.callnoQD315.T346-
dc.identifier.barcode002993 (2012)-
Appears in Collections:Faculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat

Files in This Item:
File SizeFormat 
ukmvital_120522+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
4.18 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.