Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/476569
Title: Radiolaria berusia kapur dari Kompleks Ofiolit Teluk Darvel dan Melange Kuamut di Kunak, Sabah
Authors: Junaidi Asis (P51759)
Supervisor: Basir Jasin, Prof. Dr.
Keywords: Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Geology
Stratigraphic
Micropaleontology
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 20-May-2012
Description: Rijang berradiolaria dijumpai pada Kompleks Ofiolit Teluk Darvel dan Melange Kuamut di Kunak, Sabah. Rijang dalam kompleks dan melange di kawasan ini belum pernah dikaji dari segi kelimpahan radiolaria, usia serta sekitaran pengendapannya. Kajian ini tertumpu kepada maklumat terkini dalam bidang mikropaleontologi khususnya bagi penyelidikan radiolaria di Sabah. Penyelidikan ini bertujuan untuk mengkaji taksonomi bagi radiolaria yang hadir dalam batuan rijang dan menentukan usia serta sekitaran pengendapannya. Kompleks Ofiolit Teluk Darvel terdiri daripada sekutuan batuan ofiolit iaitu peridotit, serpentinit, gabro, basalt, basalt bantal dan dilapisi diatasnya oleh rijang. Melange Kuamut terdiri daripada klasta dan blok batuan daripada formasi-formasi Paleogen yang terpecah dan blok-blok ofiolit yang terpisah dan tertanam dalam matriks syal. Sebanyak 18 sampel telah dipungut di dua singkapan Kompleks Ofiolit Teluk Darvel iaitu singkapan S1 dan S2. Manakala 14 sampel pula diambil daripada singkapan S3 dan S4 dalam Melange Kuamut. Kesemua sampel diproses mengikut kaedah mikropaleontologi. Spesimen yang baik pengawetannya diambil gambar foto dengan menggunakan mikroskop pengimbas elektron. Sebanyak 69 spesies radiolaria telah dikenal pasti dan hanya 50 spesies pilihan sahaja yang boleh digunakan untuk menentukan usia rijang. Secara amnya kedua-dua unit batuan mempunyai tiga zon himpunan. Zon himpunan pertama ialah Zon Crucella gavalai bagi Melange Kuamut manakala Kompleks Ofiolit Teluk Darvel pula ditandakan oleh Zon Stichomitra simplex. Zon himpunan ini menunjukkan usia Aptian hingga Albian. Zon himpunan kedua dikenali sebagai Zon Xitus mclaughlini yang menunjukkan usia Albian hingga Cenomanian. Zon himpunan ketiga ialah Zon Crucella cachensis yang berusia Turonian. Zon-zon himpunan ini menunjukkan usia keseluruhan batuan rijang bagi kedua-dua unit batuan adalah Aptian hingga Turonian. Himpunan radiolaria ini membuktikan bahawa rijang dalam Kompleks Ofiolit Teluk Darvel dan Melange Kuamut mempunyai usia dan asalan yang sama. Rijang ini diendapkan di atas kerak lautan di kawasan lembangan pinggiran pada masa Aptian hingga Turonian dan telah mengalami canggaan tektonik yang membentukkan Melange Kuamut pada masa Miosen.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana / Doktor Falsafah"
Pages: 142
Call Number: QE651.J846 2012 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_120519+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
847.58 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.