Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/476564
Title: Persekitaran pembangunan bersepadu untuk alatan integrasi blok
Authors: Siti Norhudha Sarif (P51697)
Supervisor: Marini Abu Bakar
Keywords: Computer software -- Verification
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 29-Jun-2012
Description: Kepesatan pertumbuhan pengguna perisian mencetuskan idea bagi menjadikan para pengguna sebagai pembangun perisian mereka sendiri. Pembangunan perisian berasaskan blok merupakan satu daripada pendekatan baru yang bertujuan untuk membolehkan pengguna akhir seperti guru dan ibu bapa yang kurang kemahiran pengaturcaraan untuk membina aplikasi mereka sendiri. Dalam pendekatan ini, blok digunakan komponen pengaturcaraan bagi menggantikan teks dalam pengaturcaraan biasa. Blok merupakan satu komponen yang mempunyai satu fungsi dan bersifat fleksibel iaitu mempunyai atribut yang boleh diubahsuai. Pembangunan perisian berasaskan blok membolehkan pengguna membina perisian dengan cara menggabungkan blok bagi membentuk satu perisian yang lengkap tanpa perlu mempelajari bahasa pengaturcaraan. Bagi mencapai matlamat ini, satu persekitaran yang dapat menyokong proses penggabungan blok tersebut diperlukan. Objektif kajian ini adalah bagi mencadangkan spesifikasi keperluan, rekabentuk dan fitur yang sesuai yang dapat membantu pengguna akhir membina sendiri aplikasi. Objektif lain bagi kajian ini adalah bagi membangunkan alatan integrasi blok yang dapat menyokong proses penggabungan blok berdasarkan spesifikasi tersebut serta menguji alatan tersebut. Kajian perpustakaan ke atas kajian-kajian lepas yang berkaitan dengan pengaturcaraan pengguna akhir dilaksanakan bagi memperolehi spesifikasi yang dapat membantu pengguna akhir membangun sendiri aplikasi. Manakala fitur yang dapat menyokong pembangunan aplikasi diperolehi melalui kajian ke atas alatan untuk pembangunan aplikasi sedia ada. Implementasi dilaksanakan dengan menggunakan perisian Netbeans versi 6.9. Hasil akhir kajian ini adalah prototaip bagi persekitaran yang mempunyai antaramuka yang mudah difahami dan digunakan serta menyokong proses penggabungan blok. Pengujian dilaksanakan oleh pengguna akhir ke atas protataip untuk memastikan alatan ini sesuai digunakan untuk membangunkan aplikasi dengan menggunakan blok yang disediakan.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana / Doktor Falsafah"
Pages: 109
Call Number: QA76.76.V47S575 2012 3 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_120315+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
424.7 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.