Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/476558
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Kamsuriahbinti Ahmad, Dr. | - |
dc.contributor.author | Rohani Abd Haziz (P45092) | - |
dc.date.accessioned | 2023-10-06T09:21:02Z | - |
dc.date.available | 2023-10-06T09:21:02Z | - |
dc.date.issued | 2012-01-26 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:119431 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/476558 | - |
dc.description | Komunikasi bersepadu (Unified Communication) begitu popular sekarang memandangkan teknologi ini telah memberi impak yang besar kepada komunikasi masa kini. Cara komunikasi yang sedia ada sekarang telah digabungkan ke dalam satu sistem berpusat yang merangkumi data, suara dan video ke dalam satu sistem yang sama. Kajian terhadap cadangan penggunaan teknologi komunikasi bersepadu adalah penting bagi memastikan perlaksanaannya kelak akan memberi faedah secara langsung atau tidak langsung kepada sektor awam. Sebagaimana kita tahu penggunaan komunikasi yang digunakan sekarang adalah secara tunggal di mana ia memerlukan pengurusan atau pengendalian secara berasingan. Penggunaan komunikasi bersepadu ini dapat meningkatkan kecekapan pengurusan dan mengurangkan perbelanjaan. Untuk memastikan pelaksanaan komunikasi bersepadu ini berjaya di sektor awam, kajian kebolehlaksanaannya perlu dijalankan dan ia menjadi objektif utama tesis ini. Kebolehlaksanaan syarikat swasta yang telah berjaya menggunakan teknologi bersepadu ini dijadikan model dan rujukan supaya pelaksanaannya dapat memberi impak yang besar kepada sektor awam. Di antara kaedah kajian yang dijalankan adalah dengan cara mengkaji penggunaan komunikasi bersepadu ini melalui kaedah temu bual secara langsung dengan syarikat yang terlibat dan membuat kaji selidik dengan pengguna sistem ini. Tesis ini menekankan kaedah terbaik dalam melaksanakan pembangunan komunikasi bersepadu di mana penekanan kepada pengenalan projek, skop projek, perlaksanaan projek, pengurusan projek, pengurusan kos dan seterusnya diambil kira. Ini untuk memastikan pelaksanaan komunikasi bersepadu dapat dibangunkan dengan memenuhi semua keperluan atau matlamat sesuatu organisasi dan dalam jangka masa panjang akan menjimatkan perbelanjaan. Dengan siapnya kajian kebolehlaksanaan komunikasi bersepadu ini, diharapkan hasil kajian ini dapat memberi panduan dan rujukan berguna kepada sektor awam supaya pelaksanaannya nanti dapat memenuhi objektif dan matlamat pengunaan komunikasi yang lebih sistematik dan ekonomik.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah" | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Faculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | - |
dc.title | Kebolehlaksanaan komunikasi bersepadu di bahagian Pinjaman Perumahan, Kementerian Kewangan Malaysia | - |
dc.type | theses | - |
dc.format.pages | 92 | - |
dc.identifier.callno | TK5101.R568 2012 tesis 3 | - |
dc.identifier.barcode | 002597 (2012) | - |
Appears in Collections: | Faculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_119431+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 750.47 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.