Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/476550
Title: Visualisasi kandungan interaktif media temporal
Authors: Munauwarah (P62149)
Supervisor: Nazlena Mohamad Ali, Prof. Madya Dr
Keywords: Movie Song Browser
Media temporal
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Issue Date: 15-May-2014
Description: Penjelajahan kandungan media temporal merupakan satu proses penerokaan kandungan dengan matlamat untuk memahami maklumat daripada media tersebut. Kandungan temporal seperti video filem mengandungi maklumat yang berasaskan masa dan bersifat temporal yang digambarkan dengan jelas melalui tanda masa (timestamp) yang terdapat pada video. Tanda masa dalam media temporal seperti video dapat dicapai dengan menggunakan butang mundar laju (fast – forward) dan putar semula (rewind). Berdasarkan jenis data pada video filem, pengguna mengalami kesulitan menjelajahi keseluruhan kandungan maklumat kerana maklumat yang terkandung dalam video filem hanya dapat dipaparkan sebahagian sahaja dalam satu masa. Maklumat secara keseluruhan tidak dapat divisualkan dengan kaedah tradisional ini. Bagi memberi gambaran secara keseluruhan maklumat temporal, pendekatan teknik visualisasi dicadangkan bagi memvisualkan keseluruhan maklumat temporal video. Domain aplikasi video yang dipilih adalah maklumat lagu dalam sesebuah filem. Teknik visualisasi garis masa (timeline) telah diaplikasikan pada prototaip Movie Song Browser (MSB) yang telah dibangunkan bagi membantu pengguna dalam penjelajahan dengan mewakilkan kandungan maklumat temporal secara visual. Kajian eksperimen pengguna telah dijalankan ke atas teknologi DVD konvensional dan penjelajahan melalui sistem MSB untuk mengenal pasti tahap penerimaan pengguna ke atas teknik visualisasi yang digunakan. Empat puluh orang responden telah dipilih dari dua kumpulan pelajar yang mempunyai latar belakang IT dan bukan pelajar IT (Program Pengajian Media). Hasil kajian mendedahkan bahawa wujud perbezaan yang signifikan secara statistik di antara penggunaan DVD dan Sistem MSB pada kedua kumpulan responden. Berdasarkan hasil kajian dapat di simpulkan penggunaan Sistem MSB adalah lebih membantu dalam proses penjelajahan kandungan lagu dalam filem. Proses penjelajahan dengan menggunakan Sistem MSB dapat dijalankan dengan lebih berkesan kerana terdapat kemudahan capaian lagu dalam filem melalui visualisasi garis masa di mana pengguna dapat secara langsung mengenal pasti kedudukan lagu, panjang lagu dan juga mengetahui jumlah lagu dalam sesebuah filem. Hasil kajian juga mendapati bahawa penjelajahan melalui visualisasi garis masa juga dapat menjimatkan penggunaan masa. Lebih daripada 70% responden daripada kedua kumpulan menyatakan Sistem MSB mudah untuk digunakan, mudah untuk dipelajari dan juga menarik. Hasil kajian juga menunjukkan bahawa lebih daripada 90% responden daripada kedua kumpulan menyatakan penggunaan sistem visualisasi garis masa memudahkan proses penjelajahan dan mempercepat proses capaian kandungan maklumat temporal. Berdasarkan keseluruhan hasil kajian dapat disimpulkan bahawa penggunaan visualisasi garis masa adalah berpotensi untuk membantu dan memudahkan pengguna dalam penjelajahan kandungan maklumat temporal dan penggunaan visualisasi garis masa juga diterima dengan baik oleh kedua kumpulan responden.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
Pages: 131
Call Number: QA76.9.I52M844 2014 3 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_119302+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.07 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.