Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/476543
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Shahnorbanun Sahran, Prof. | - |
dc.contributor.author | Nadiah Abdul Rahman (P58754) | - |
dc.date.accessioned | 2023-10-06T09:20:42Z | - |
dc.date.available | 2023-10-06T09:20:42Z | - |
dc.date.issued | 2014-02-27 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:119289 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/476543 | - |
dc.description | Perkongsian maklumat merupakan strategi penting yang dapat membantu sesebuah syarikat membuat keputusan yang lebih baik, meningkatkan jumlah keuntungan dan memperkukuhkan hubungan mereka dengan pembekal dan pelanggan. Perkongsian maklumat secara dua hala merupakan struktur perkongsian maklumat yang terbaik dalam memastikan kesinambungan semua fungsi dalam rantaian bekalan PKS. Dilema untuk memilih ahli rantaian yang mana (Huluan atau Hiliran) menjadi kekangan untuk PKS di Malaysia mengimplementasi sistem perkongsian maklumat. Sebelum perlaksanaan perkongsian maklumat, penelitian yang terperinci adalah perlu, kerana ia melibatkan kos dan komitment yang tinggi. Maka satu panduan yang mudah harus disediakan untuk membantu PKS membuat keputusan. Tujuan utama kajian ini adalah untuk memudahkan PKS memilih perkongsian maklumat (huluan atau hiliran) mengikut keperluan syarikat dengan membangunkan kerangka perlaksanaan sistem perkongsian maklumat. Kerangka ini merupakan satu set panduan bagi PKS sebelum membuat keputusan memilih perkongsian maklumat mereka. Maka objektif pertama adalah menjalankan kajian tindakan pada sebuah PKS di Bandar Baru Bangi (Syarikat X) dan seterusnya menghasilkan tiga komponen utama dalam kerangka iaitu prototaip perkongsian maklumat rantaian huluan dan hiliran serta satu borang soalselidik. Objektif kedua kajian ini adalah untuk mengesahkan keberkesanan kerangka perlaksanaan perkongsian maklumat yang telah dibangunkan. Sebagai pembuktian ketepatan pemilihan, kerangka perlaksanaan sistem perkongsian maklumat yang telah dibangunkan dijalankan semula oleh Syarikat X dan pemilihan terhadap perkongsian maklumat (Huluan atau Hiliran) ditentukan sekali lagi. Sebelum sistem perkongsian maklumat sebenar dibangunkan, satu kaedah yang mudah diperlukan, untuk membantu PKS memilih perkongsian maklumat mereka. Maka dengan kerangka ini PKS dapat menjimatkan kos dan masa. Adalah diharap bahawa penyelidikan ini akan membuka jalan dan mendorong sikap keterbukaan PKS terhadap perlaksanaan sistem perkongsian maklumat dan sekaligus member kelebihan dalam daya saing mereka.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah" | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Faculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Perindustrian Kecil Sederhana (PKS) | - |
dc.subject | Sistem maklumat | - |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | - |
dc.title | Kerangka perlaksanaan sistem perkongsian maklumat bagi perusahaan kecil dan sederhana di Malaysia | - |
dc.type | theses | - |
dc.format.pages | 139 | - |
dc.identifier.callno | T58.6.N335 2014 3 tesis | - |
dc.identifier.barcode | 004679 (2014) | - |
Appears in Collections: | Faculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_119289+SOURCE1+SOURCE1.1.PDF Restricted Access | 1.63 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.