Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/476540
Title: | Model pengukuran pengesanan penipuan dalam perisian bual dalam talian |
Authors: | Ade Adi Wibowo (P57684) |
Supervisor: | Zarina Shukur, Dr. |
Keywords: | Deception Chatting software Lie detector Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 18-Jul-2012 |
Description: | Penipuan dalam perisian bual dalam talian boleh menjadi satu isu yang serius di kalangan remaja kerana kenaifan mereka mudah dimanipulasi oleh orang yang berniat buruk. Di sisi lain, remaja umumnya lemah untuk mengesan penipuan dengan menggunakan intuisi mereka. Kajian sebelumnya dalam bidang psikologi dan bahasa menunjukkan bahawa orang-orang yang melakukan penipuan dalam teks akan menunjukkan isyarat tertentu dalam teks/kata-katanya. Sebagai contoh, penipu lebih tinggi memaparkan non-immediacy, keekspresifan, ketakformalan, menggunakan perkataan yang lebih dan kurang kompleks, kurang menggunakan rujukan sendiri, rujukan lain dan kepelbagaian dalam mesej mereka berbanding orang yang berkata jujur. Berdasarkan penemuan ini, penyelidik sebelumnya tidak menjelaskan berapa banyak yang disebut lebih kurang dan berapa banyak yang disebut menjadi lebih daripada orang yang berkata jujur. Kajian sebelumnya juga hanya menyatakan satu mesej itu menipu atau tidak tetapi tidak menyatakan berapa besar tahap mesej itu menipu. Oleh itu, untuk mengesan orang yang menipu, sebuah model pengesanan penipuan dibangunkan. Model ini berdasarkan kepada cadangan dalam kajian psikolinguistik mengenai pengesanan penipuan. Model ini menganalisis rakan berbual dalam jangka darjah kepercayaan. Ia juga bertujuan untuk memberi amaran awal kepada pengguna perisian bual mengenai rakan bual berdasarkan komunikasi mereka. Untuk menggunakan sepenuhnya model ini, ianya kemudian disepadukan dengan perisian bual yang baru dibangunkan. Perisian ini adalah lebih sederhana daripada yang komersial, kerana ia hanya mengendalikan sesi berbual satu ke satu pada satu masa. Sebaik sahaja sesi berbual selesai, perisian ini dapat memaparkan hasil analisis teks yang ditulis oleh rakan berbual. Kerana sesi berbual dengan orang yang sama boleh berlaku lebih dari sekali, oleh itu teks yang dianalisis adalah berdasarkan kepada keseluruhan sesi berbual. Satu eksperimen telah dijalankan untuk menguji tahap kepercayaan pengguna terhadap alat yang telah dibangunkan. Eksperimen ini dijalankan menggunakan senario Masalah Hidup Gurun yang mana ianya satu standard untuk menguji pengesanan penipuan. Hasil daripada eksperimen menunjukkan bahawa secara keseluruhan, analisis yang dihasilkan oleh perisian menunjukkan peratusan kemungkinan rakan bual peserta yang menipu sebanyak 11.36%. Walaupun sebanyak 11.36% kemungkinan rakan bual menipu, ini membuktikan bahawa adanya penipuan yang telah dilakukan oleh rakan bual. Walau bagaimanapun, peserta mempercayai hasil analisis tersebut dan memberi kesan terhadap pengambilan keputusan mereka.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana / Doktor Falsafah" |
Pages: | 103 |
Call Number: | TK5105.886.W534 2012 3 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_119224+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 1.12 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.