Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/476536
Title: | Pendekatan web semantik dalam capaian maklumat kewangan Islam di Malaysia |
Authors: | Fitri (P46524) |
Supervisor: | Shahrul Azman Mohd. Noah, Prof. Madya Dr. |
Keywords: | Semantic Web Ontologies (Information retrieval) Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 27-Sep-2012 |
Description: | Prinsip kewangan Islam adalah berlandaskan kepada aspek syariah dan memerlukan kepada pengetahuan asas yang kukuh dalam menentukan produk kewangan yang berteraskan prinsip ini. Sehubungan dengan itu tidak dinafikan bahawa prinsip kewangan Islam boleh dianggap kompleks bagi sesetengah orang awam. Kepelbagaian produk yang diperkenalkan oleh institusi kewangan juga sedikit sebanyak menimbulkan kekompleksan dalam menentukan prinsip yang menyokong produk tersebut. Maklumat mengenai kewangan Islam masih lagi disampaikan secara konvensional melalui laman Web, sehinggakan sukar bagi pengguna untuk memahami konsep kewangan Islam secara lebih terperinci kerana maklumat yang diperoleh terhad kepada maklumat setempat. Permasalahan ini telah membawa kepada idea pendekatan baru dalam mencapai maklumat dari dokumen web secara semantik iaitu pengembangan carian berasaskan web semantik yang memberikan hasil capaian yang lebih terperinci dan berkesan. Usaha untuk merealisasikan pengembangan capaian berasaskan web semantik yang diaplikasikan pada portal web semantik, bertolak daripada pembangunan domain ontologi. Sehubungan dengan itu matlamat utama penyelidikan ini ialah untuk memperkenalkan suatu pendekatan teknologi web semantik dalam mencapai dokumen berkaitan kewangan Islam. Pembangunan sistem capaian maklumat semantik melibatkan pembangunan ontologi domain kewangan Islam. Domain ontologi ini dibangunkan hasil daripada analisis terhadap dokumen berkaitan dan temubual dengan pakar kewangan Islam. Domain ontologi dibangunkan berasaskan bahasa Web Ontology Language (OWL) yang merupakan piawaian perwakilan pengetahuan untuk persekitaran Web dan diperkenalan oleh W3C. Metod dalam membangunkan ontologi adalah berdasarkan dua prosedur utama iaitu spesifikasi dan pengkonseptualan serta mengambil beberapa langkah perincian seperti metod METHONTOLOGY. Implementasi domain ontologi melibatkan TopBraid Composer, Allgerograph dan Gruff sebagai tool untuk pemodelan ontologi. Kajian penyelidikan ini menunjukkan bagaimana aspek carian untuk suatu domain yang kompleks dapat dimudahkan dengan menggunakan domain ontologi. Dalam hal domain kewangan Islam, prinsip, peraturan dan ciri sesuatu produk kewangan Islam dapat dikenalpasti hasil daripada penaakulan terhadap ontologi yang dibangunkan.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana / Doktor Falsafah" |
Pages: | 108 |
Call Number: | TK5105.88815.F538 2012 3 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_117485+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 196.14 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.