Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/476530
Title: | Model pengetahuan set kasar untuk pengelasan status halal produk |
Authors: | Farah Natasyah Abdul Hanan (P54506) |
Keywords: | Pattern recognition system Data mining Rough sets Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 21-Sep-2012 |
Description: | Kebelakangan ini terdapat pelbagai produk makanan halal di pasaran sejak perkembangan pesat industri halal di Malaysia. Pensijilan makanan halal melibatkan prosedur kompleks dan merupakan proses yang diuruskan oleh pihak JAKIM. Proses menentukan status produk halal melibatkan status halal bahan ramuan termasuk pensijilan halal yang diperolehi daripada syarikat yang menghasilkan sumber dan proses ini memakan masa. Data bahan ramuan makanan yang telah dikumpul dapat menemukan pengetahuan bernilai yang boleh membantu organisasi pembuatan keputusan status halal makanan. Maklumat penting seperti bahan ramuan, kod bahan ramuan, maklumat pembekal dan penghasil bahan ramuan adalah berguna untuk organisasi menentukan status halal. Kaedah perlombongan data boleh digunakan untuk menemukan maklumat penting seperti petua yang seterusnya boleh digunakan untuk mengelaskan status bahan ramuan dan makanan. Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji potensi pendekatan perlombongan data menggunakan teori set kasar dalam melaksanakan proses pembuatan keputusan status halal sesuatu produk. Metodologi kajian meliputi pengumpulan dan penyediaan data, fasa pemodelan pengelasan, fasa pengujian dan penilaian. Data disediakan dengan cara yang akan membolehkan corak dijangka ditemukan. Eksperimen dijalankan mengikut tetapan piawai perlombongan data seperti prosedur pemodelan 10-lipatan pengesahan silang. Ukuran penting seperti ketetapan pengelas, bilangan dan panjang petua serta sukatan Receiver Operating Characteristics (ROC) dikira dalam eksperimen. Kajian perbandingan dijalankan dengan membandingkan prestasi model pengelas set kasar dengan model pengelas pohon keputusan(J48) dan pengelas sekutuan (CBA). Hasil kajian menunjukkan model pengelas set kasar mengatasi pengelas berasaskan petua yang lain daripada segi ketepatan dan nilai ROC. Kajian ini berpotensi menghasilkan petua berkualiti yang dapat membantu proses pembuatan keputusan pihak berkenaan dalam pengelasan status halal produk makanan.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah" |
Pages: | 123 |
Call Number: | QA248.F346 2012 3 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_117075+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 1.33 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.