Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/476515
Title: | Model ramalan untuk wabak denggi menggunakan berbilang pengelas berasaskan petua |
Authors: | Zuriyah Kefeli @ Zulkefeli (P50160) |
Supervisor: | Azuraliza Abu Bakar, Prof. Madya Dr. |
Keywords: | Data mining Outliers (Statistics) Public health surveillance Epidemics Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 21-Jul-2011 |
Description: | Wabak denggi telah menjadi isu kebangsaan dalam beberapa tahun ini. Demam denggi(DD) dan demam denggi berdarah (DB) berterusan menjadi isu berkaitan kesihatan awam di Malaysia dan menjadi pandemik seperti dilapor oleh Organisasi Kesihatan Dunia (WHO). Ia penting bagi kerajaan untuk membolehkan membuat pengesanan awal bagi wabak denggi. Maka, untuk menambahbaik pengesanan awal wabak denggi dan membuat perancangan strategik dan keputusan, kebolehan meramal kemungkinan wabak denggi dalam sebuah kawasan adalah amat penting. Pemodelan ramalan khususnya digelar perlombongan data adalah satu kaedah analisis data yang digunakan bagi mencari pengetahuan penting dari set data besar yang dijangka akan menyumbang kepada sistem sokongan keputusan. Model ramalan adalah terma umum yang digunakan bagi mewakili tugasan dalam perlombongan data seperti pengelasan dan ramalan, perlombongan petua sekutuan dan jujukan, pengelompokkan dan tugas pengesanan sisihan. Ia amat berguna jika model ramalan mudah ditafsir dan mudah difahami khususnya apabila diaplikasi ke dalam data masalah nyata seperti data denggi. Petua merupakan perwakilan pengetahuan yang paling mudah ditafsir berbanding model lain seperti pemberat dalam pengelas Neural dan nilai kebarangkalian dalam pengelas Bayesian. Dalam masalah dunia nyata, kadangkala ia tidak sesuai bersandarkan kepada satu pengelas bagi memberi pengetahuan penting serta bernilai. Pengelas berbeza memberi jenis pengetahuan berbeza dan koleksi pengetahuan boleh memaksima sokongan bagi pembuat keputusan. Kajian ini bertujuan membangunkan model ramalan bagi pengesanan wabak denggi menggunakan Berbilang Pengelas Berasaskan Petua (BPBP). Pengelas berasaskan petua yang digunakan adalah Pohon Keputusan, Pengelas Set Kasar, Petua Bayesian serta Pengelas Sekutuan. Tujuan pembangunan BPBP untuk meraih model ramalan terbaik dari data wabak denggi. Sehingga hari ini, tiada kajian menggunakan data ini untuk permodelan ramalan, Beberapa pengelas dikaji bagi mempelajari prestasi pelbagai pengelas berasaskan petua secara individu dan gabungan pengelas. Kajian ini dilakukan dalam dua fasa. Pertama, model ramalan diperoleh daripada empat pengelas berasaskan petua secara berasingan. Kedua, model ramalan digabung melalui perlaksanaan prosedur pasca perlombongan yang mengandungi i) penyingkiran petua bertindih, ii) peringkasan dan pengitlakan petua, iii) pengelompokkan petua dan iv) membina gabungan pengelas. Sejumlah 8505 rekod pesakit denggi dengan 134 atribut digunakan dalam ujikaji. Prestasi pengelas tunggal dan gabungan pengelas diukur serta dinilai keatas set data ujian dalam terma ketepatan model, bilangan dan panjang petua, serta ukuran ROC. Sebagai tambahan, penilaian pakar digunakan bagi pengesahan petua BPBP untuk memastikan pengetahuan berguna berjaya ditemui dari data. Keputusan ujikaji menunjukkan BPBP menghasilkan ketepatan yang lebih baik dengan petua lebih berkualiti dibanding dengan pengelas tunggal.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Sarjana Teknologi Maklumat |
Pages: | 125 |
Call Number: | QA76.9.D343Z845 2011 3 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_114890+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 11.53 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.