Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/476509
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorTengku Mohd Tengku Sembok, Prof.-
dc.contributor.authorMahathir Muhamad (P31591)-
dc.date.accessioned2023-10-06T09:19:53Z-
dc.date.available2023-10-06T09:19:53Z-
dc.date.issued2011-08-18-
dc.identifier.otherukmvital:114754-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/476509-
dc.descriptionPada masa kini, perkembangan perisian multimedia bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran adalah amat menggalakkan. Ini bukan sahaja disebabkan pengaruh teknologi maklumat dalam dunia pendidikan amnya, tetapi juga disebabkan pengaruhnya terhadap minat pelajar terhadap pembelajaran disebabkan teknologi multimedia, khususnya. Teknologi multimedia dapat memotivasikan kanak-kanak dalam pembelajaran disebabkan keupayaan teknologi ini menyentuh pelbagai modaliti deria kanak-kanak. Perisian Membaca Bermultimedia Berasaskan Kaedah Bahasa Menyeluruh ini dibangunkan bagi tujuan membantu kanak-kanak membaca bahasa Melayu. Objektif utama bagi kajian ini adalah untuk merekabentuk dan membangunkan prototaip perisian kursus berdasarkan teknik belajar membaca yang telah dikenalpasti. Metodologi yang digunakan dalam membangunkan projek ini adalah model ADDIE. Sasaran utama perisian ini adalah pada kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun. Pembangunan prototaip ini direka berdasarkan model konsepsi yang mengambil kira kaedah dan pendekatan penyampaian, medium pengajaran dan pembelajaran, tahap kognitif kanak-kanak dan penggunaan teori-teori pengajaran dan pembelajaran yang sesuai. Terdapat beberapa kaedah membaca yang biasanya digunakan seperti kaedah abjad, kaedah seluruh perkataan, kaedah fonik, kaedah elektik, kaedah gabungan bunyi dan sebagainya. Pembangunan perisian ini menggunakan pendekatan kaedah bahasa menyeluruh kerana kaedah ini memudahkan pemahaman kanak-kanak. Dalam kaedah ini kanak-kanak diajar mengenal seluruh perkataan dan hubungannya dengan benda-benda dan gambar mengenai perkataan tersebut Modul-modul utama dalam perisian ini ialah Modul Pengenalan, Modul Membaca dan Modul Cerita. Hasil kajian ini adalah menghasilkan prototaip Perisian Membaca Bermultimedia Berasaskan Kaedah Bahasa Menyeluruh dan menguji keberkesanannya yang akan membantu kanak-kanak untuk lebih mudah memahami dalam pembacaan. Penggunaan teknologi multimedia dalam membangunkan perisian ini membolehkan media seperti teks, grafik, audio, video, animasi dan interaktiviti digabungkan dengan baik. Pembangunan prototaip perisian kursus ini diharapkan dapat menarik minat kanak-kanak terhadap penggunaan teknologi di samping menggalakkan tabiat membaca di kalangan mereka.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah ,Sarjana Teknologi Maklumat-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat-
dc.rightsUKM-
dc.subjectMultimedia systems -- Software-
dc.subjectReading -- Computer-assisted instruction-
dc.subjectAudio-visual education-
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.titlePerisian membaca bermultimedia berasaskan kaedah bahasa menyeluruh-
dc.typetheses-
dc.format.pages158-
dc.identifier.callnoQA76.575.M335 2011 tesis-
dc.identifier.barcode000752-
dc.identifier.barcode002426(2011)-
Appears in Collections:Faculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_114754+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
12.64 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.