Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/476507
Title: | Penilaian faktor kepuasan pengguna bagi sistem pengurusan peruntukan kewangan sekolah menggunakan kerangka penilaian HOT-fit |
Authors: | Mohamed Faizal Buang |
Keywords: | Information systems Information resources management Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 2011 |
Description: | Seiring dengan perkembangan teknologi semasa, perbincangan mengenai penilaian terhadap kejayaan sistem maklumat secara berterusan diperdebatkan oleh para penyelidik. Isu yang tidak terlepas daripada topik perdebatan tersebut turut menyentuh aspek kepuasan pengguna sebagai salah satu daripada elemen yang dianggap sebagai penyumbang kepada kejayaan sistem maklumat. Kajian ini telah menggunakan kaedah penilaian yang telah dibangunkan oleh Maryati Mohd. Yusof iaitu Kerangka Penilaian HOT-fit - Manusia, Organisasi, Teknologi dan Penjajaran untuk menilai kejayaan atau kegagalan Sistem e-Bantuan yang telah dibangunkan di Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) sebagai kajian kes. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif sebagai medium pengumpulan data termasuklah seperti kaedah temubual, pemerhatian, dan penilaian analisis dokumen yang berkaitan. Berdasarkan kepada kajian yang dijalankan, sistem e-Bantuan yang dibangunkan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia berada pada tahap yang memuaskan. Namun terdapat beberapa elemen yang perlu diambil perhatian sewajarnya oleh pihak terbabit di samping beberapa penambahbaikkan terhadap pembangunan sistem supaya matlamat asal dan kepenggunaan sistem yang dibangunkan ini dapat dimanfaatkan secara sepenuhnya oleh pengguna. Dalam kajian ini, kaedah pengukuran di dalam kerangka kerja HOT-fit menjadi sandaran utama untuk menilai dan mengukur kesesuaian dan tahap kepuasan pengguna yang secara langsung akan menentukan kejayaan sesuatu sistem maklumat. Hasil daripada kajian ini juga turut mengetengahkan dapatan bahawa Kerangka Kerja HOT-fit adalah amat sesuai untuk digunakan dalam menilai projek pembangunan sistem maklumat kerajaan yang mana elemen pengukurannya adalah lebih bersifat fleksibel dan mudah untuk diadaptasikan. Beberapa penemuan daripada kajian yang telah dijalankan menunjukkan bahawa dimensi seperti kualiti sistem (ketepatan data dan mudah untuk digunakan) kualiti maklumat (kebolehpercayaan maklumat) penggunaan sistem (motivasi untuk menggunakan sistem, latihan, penggunaan berulang dan spesifik) dan kepuasan pengguna (kepuasan dalam pembuatan keputusan dan keriangan) dimensi struktur (sokongan pengurusan atasan dan kepimpinan) dan dimensi persekitaran (kerajaan) adalah merupakan elemen kritikal dalam menentukan tahap kepuasan pengguna sistem maklumat. Di akhir dapatan analisis kajian, turut mencadangkan pengukuran tambahan di bawah dimensi persekitaran, faktor Organisasi iaitu penghargaan. Pengukuran tambahan ini dilihat mampu memberi impak terhadap kepuasan pengguna dalam mengendalikan sistem maklumat dengan lebih berkesan dan efisyen.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Sarjana Teknologi Maklumat |
Pages: | 116 |
Call Number: | T58.6.M846 2011 3 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_114742+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 13.99 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.