Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/476504
Title: Keberkesanan pelaksanaan gabungan sistem pengurusan pengetahuan dan sistem pengurusan hubungan pelanggan di Jabatan Kastam Diraja Malaysia
Authors: Noraidah Supangit
Keywords: Information resources management
Knowledge management
Customer relations -- Management -- Data processing
Electronic government information -- Malaysia
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 2011
Description: Usaha mengabungkan pengurusan hubungan pelanggan dan pengurusan pengetahuan adalah penting, menyedari bahawa pengurusan pengetahuan memainkan peranan utama dalam kejayaan pengurusan hubungan pelanggan. Kajian lepas menunjukkan inisiatif pengurusan perhubungan pelanggan dan pengurusan pengetahuan dapat meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan secara berterusan. Kajian ini bertujuan untuk meninjau faktor kejayaan yang mempengaruhi keberkesanan pelaksanaan gabungan Sistem Pengurusan Pengetahuan dan Sistem Pengurusan Hubungan Pelanggan. Kajian ini juga menganalisis faedah keberkesanan pelaksanaan gabungan sistem tersebut, hubungan korelasi di antara peranan pengurusan pengetahuan terhadap faedah yang diperolehi dan mengkaji sejauhmana faktor pengurusan atasan, budaya, teknologi, manusia dan proses mempengaruhi keberkesanan pelaksanaan gabungan sistem tersebut. Data kualitatif dan kuantitatif dikumpul melalui soal selidik dan temubual yang telah diterima daripada 70 orang responden daripada Jabatan Kastam Diraja Malaysia. Data soal selidik dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif, ujian one sample t , ujian analisis faktor dan ujian korelasi Pearson. Hasil kajian ini menunjukkan faktor pengurusan atasan, budaya organisasi, teknologi, manusia dan proses mempunyai pengaruh yang signifikan ke atas keberkesanan pelaksanaan pengurusan pengetahuan dan pengurusan hubungan pelanggan. Dapatan kajian ini dapat membantu mana-mana jabatan kerajaan yang ingin melaksanakan gabungan Sistem Pengurusan Pengetahuan dan Sistem Pengurusan Hubungan Pelanggan mengetahui faktor yang mempengaruhi keberkesanan gabungan kedua-dua sistem berkenaan.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Sarjana Teknologi Maklumat
Pages: 154
Call Number: T58.64.N647 2011 3 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_114726+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
798.71 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.