Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/476496
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Sufian Idris, Prof. Madya Dr. | |
dc.contributor.author | Marlinawati Djasmir (P51696) | |
dc.date.accessioned | 2023-10-06T09:19:36Z | - |
dc.date.available | 2023-10-06T09:19:36Z | - |
dc.date.issued | 2012-03-02 | |
dc.identifier.other | ukmvital:114476 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/476496 | - |
dc.description | Pembangunan Perisian Berasaskan Blok adalah satu pendekatan yang dikemukakan bagi membolehkan pembangunan aplikasi perisian dilakukan oleh pengguna akhir. Dalam pendekatan ini, pengguna akhir dapat memilih blok aturcara yang disediakan dan kemudian menggabungkan kesemua blok tersebut bagi membentuk suatu aplikasi. Secara amnya suatu blok aturcara adalah komponen satu lapisan yang boleh melakukan suatu fungsi yang ditentukan. Kaedah ini wujud hasil gabungan antara kaedah Pembangunan Perisian Berasaskan Komponen dan kaedah Pengaturcaraan Pengguna Akhir. Terdapat 3 peranan utama dalam pembangunan blok aturcara: pengenalpastian blok-blok aturcara, perlaksanaan blok aturcara dan pembangunan aplikasi. Pengenalpastian blok aturcara melibatkan proses pemilihan blok aturcara mengikut kategori. Kemudian perlaksanan blok aturcara dilakukan iaitu blok-blok aturcara tertentu dipilih dari pakej yang telah dikenalpasti. Akhir sekali, blok-blok aturcara yang telah dipilih akan digabungkan menjadi satu aplikasi. Pembangunan blok dilakukan oleh juruaturcara dengan menggunakan bahasa pengaturcaraan yang sesuai. Bagi membantu juruaturcara membangunkan blok dengan lebih mudah, satu Persekitaran Pembangunan Bersepadu (IDE) yang sesuai perlu disediakan. Satu IDE ialah persekitaran yang dapat membantu juruaturcara memperbaiki mutu kerja dan dapat mengurangkan kos dan masa sebaik mungkin bagi meningkatkan produktiviti. Proses pembangunan IDE ini dilakukan dalam tiga fasa berikut. Fasa pertama ialah melibatkan analisis keperluan. Memandangkan blok adalah berasaskan kepada konsep komponen, analisis keperluan bagi persekitaran ini dilakukan dengan membuat kajian kepada IDE bagi pembangunan komponen sedia ada. Fasa kedua ialah fasa pembangunan, manakala fasa ketiga pula adalah fasa penilaian. Fasa penilaian ini adalah untuk memastikan bahawa IDE yang dibangunkan memenuhi keperluan dan ia membantu juruaturcara membangunkan blok dalam jangka masa telah ditetapkan. Ia digunakan untuk membandingkan penggunaan terhadap IDE yang telah dibina dengan IDE sebelumya. Projek ini telah berjaya disiapkan dan satu persekitaran pembangunan bersepadu bagi membangunkan blok telah berjaya dibangunkan. Hasil penilaian juga mendapati persekitaran ini sesuai digunakan oleh juruaturcara bagi membangunkan blok aturcara. Keberkesanan terhadap penggunaa IDE baru ini ialah dari segi masa yang digunakan untuk membangunkan blok aturcara iaitu masa tersebut telah dapat dikurangkan berbanding menggunakan IDE yang ada sebelum ini.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Sarjana Teknologi Maklumat | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Computer software -- Development -- Management | |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | |
dc.title | Persekitaran pembangunan bersepadu untuk pembangunan blok | |
dc.type | theses | |
dc.format.pages | 101 | |
dc.identifier.callno | QA76.76.D47M348 2012 3 tesis | |
dc.identifier.barcode | 002289(2012) | |
Appears in Collections: | Faculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_114476+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 12.12 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.