Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/476493
Title: Model ramalan kenaikan pangkat akademik menggunakan pepohon keputusan
Authors: Mahani Saron (P56148)
Supervisor: Zulaiha Ali Othman, Prof. Madya Dr.
Keywords: Decision making -- Mathematical models
Trees (Graph theory)
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 13-Sep-2012
Description: Menambah baik kualiti pengajaran dan pembelajaran, memperteguh penyelidikan dan inovasi merupakan dua dari tujuh teras strategik Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN). Maka adalah penting untuk mengenalpasti ahli akademik yang berbakat dalam mentadbir, mengurus dan meningkatkan kecemerlangan Institusi Pengajian Tinggi di Malaysia dalam mencapai matlamat ini. Kajian ini bertujuan untuk menghasilkan model ramalan pengurusan bakat akademik menggunakan kaedah pelombongan data. Kajian ini mengikut langkah piawai pembangunan model ramalan berasaskan pelombongan data yang terdiri daripada penyediaan data, pra-pemprosesan, pembangunan model dan penilaian. Sebanyak 15 set data sumber manusia diperoleh dari sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam(IPTA) Malaysia seperti demografi, prestasi, penyelidikan, persidangan, penyeliaan, anugerah, pendidikan dan penerbitan dari tahun 1982 hingga 2010. Data disediakan dengan memilih atribut penting dan mengira setiap nilai atribut bakat. Sejumlah 1140 atribut dengan 3220 rekod set data bersih bagi selang masa setahun dikenalpasti. Selain set data selang masa 1 tahun, set data untuk selang masa 2,3, dan 4 tahun berserta 2 jenis kelas jawatan akademik turut dihasilkan: 24 dan 6 kelas jawatan. Eksperimen pembangunan model ramalan menggunakan 14 algoritma pengelasan termasuk J48, RandomForest, BayesNet, Kstar dan JRip. Hasil model terbaik dipertingkatkan lagi dengan mengaplikasikan 3 teknik pendiskritan seperti Entropy-based & MDL stopping criterion, Equal-interval binning dan Equal-frequency binning. Proses penghalusan model dibuat dengan mengurangkan jumlah kelas kepada 4 dan tiada selang tahun. Dapatan menunjukkan kaedah untuk menghasilkan model terbaik adalah menggunakan algoritma J48, dari set data selang masa 4 tahun dengan 4 kelas jawatan iaitu pensyarah, pensyarah kanan, profesor madya dan profesor iaitu ketepatan sebanyak 87.5%. Model ramalan bakat akademik ini berjaya menghasilkan 117 set petua. Hasil perbandingan model ramalan kenaikan pangkat yang diperoleh dengan syarat kenaikan pangkat akademik menunjukkan majoriti syarat kenaikan pangkat dipenuhi. Prototaip sistem sokongan keputusan ramalan kenaikan pangkat juga dibangunkan untuk meramal kenaikan pangkat seseorang ahli akademik di IPTA tersebut.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana / Doktor Falsafah”,Sarjana Teknologi Maklumat,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”
Pages: 225
Call Number: QA279.4.M337 2012 3 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_114374+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
11.16 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.