Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/476492
Title: | Pendekatan penceritaan dalam pembangunan alatan pengintegrasi blok |
Authors: | Hamizah Mohamad Hariri (P51694) |
Supervisor: | Marini Abu Bakar |
Keywords: | Interactive multimedia Digital storytelling Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 29-Jun-2012 |
Description: | Perkembangan yang pesat dalam bidang teknologi maklumat menyebabkan lahirnya penemuan-penemuan baru dalam bidang kejuruteraan perisian. Antaranya adalah penyelidikan dalam bidang Pembangunan Perisian Berasaskan Blok (PPBB). Kebiasaannya, sebuah perisian dibangunkan oleh seorang pengaturcara atau orang yang mahir dalam bidang perkomputeran. Akan tetapi, PPBB ini membawa pendekatan yang berbeza dengan cara membenarkan pengguna akhir membangunkan aplikasi secara langsung tanpa mengetahui bahasa pengaturcaraan. PPBB ini menggunakan pendekatan blok sebagai asas utama dalam pembinaan aplikasi. Setiap blok menyokong satu tugas atau fungsi yang tertentu. Bagi menghasilkan sebuah perisian aplikasi, pengguna akhir hanya perlu mengubahsuai blok-blok yang telah dihasilkan supaya sesuai mengikut keperluan dan tugasan mereka. Seterusnya, blokblok itu diintegrasikan atau digabungkan bagi menghasilkan sebuah perisian aplikasi yang lengkap. Akan tetapi, buat masa ini belum ada perisian bagi mengintegrasikan blok-blok tersebut. Masalah lain yang timbul juga adalah pengguna akhir bagi perisian ini adalah ibu bapa dan guru yang tiada pengetahuan pengaturcaraan. Oleh itu, satu pendekatan diperlukan bagi mengatasi permasalahan ini. Tujuan penyelidikan ini adalah untuk merekabentuk dan membangunkan sebuah perisian bagi mengintegrasikan blok dengan menggunakan pendekatan penceritaan. Dalam pendekatan penceritaan ini, beberapa teknik penceritaan serta bidang yang mengaplikasikan pendekatan ini dikaji. Alatan perisian di pasaran yang menggunakan pendekatan penceritaan seperti Storytelling Alice, Mama, JPie dan Scratch dikaji dan dianalisis. Hasil kajian ini telah digunakan bagi menghasilkan sebuah rekabentuk yang sesuai untuk pembangunan perisian pengintegrasian blok. Berasaskan rekabentuk tersebut, satu prototaip telah dibangunkan. Pengujian prototaip menunjukkan bahawa pendekatan penceritaan bagi pengintegrasian blok ini memudahkan pengguna menulis aturcara dan seterusnya berjaya mengintegrasikan blok-blok bagi menghasilkan sebuah perisian aplikasi yang lengkap sesuai mengikut keperluan mereka.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,135 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_114372+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 13.81 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.