Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/476483
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Nazlia Omar, Prof. Madya Dr. | |
dc.contributor.author | Ummi Zakiah Zainodin (P82851) | |
dc.date.accessioned | 2023-10-06T09:19:19Z | - |
dc.date.available | 2023-10-06T09:19:19Z | - |
dc.date.issued | 2017-01-17 | |
dc.identifier.other | ukmvital:107072 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/476483 | - |
dc.description | Pertimbangan persamaan antara konsep oleh manusia menjadi asas kebanyakan daripada keupayaan kognitif, seperti pengkategorian, ingatan, membuat keputusan, dan penaakulan, serta penggunaan dan penemuan analogi di kalangan yang lain. Masalah tersebut mempunyai aplikasi di dalam kecerdasan buatan, pemprosesan bahasa tabii, pengelompokan teks, pengkategorian teks dan pelbagai bidang yang berkaitan. Terdapat tiga model utama bagi mengukur persamaan semantik antara dua konsep: model ruang, model berasaskan struktur dan model berasaskan ciri. Model berasaskan ciri adalah berdasarkan pengandaian bahawa konsep tersebut diwakili sebagai set bagi ciri yang menunjukkan ciri, sifat atau aspek. Ukuran semantik berasaskan ciri hierarki telah diperkenalkan bagi mentaksir persamaan semantik antara konsep/perkataan bergantung pada ciri yang diekstrak daripada hierarki sumber leksikal. Isu utama dalam ukuran ini ialah andaian pemberat yang malar di mana semua unsur dalam perwakilan semantik konsep mempunyai kaitan sama. Dalam tesis ini, ukuran pendekatan terbaru yang dipanggil kaedah pendekatan ukuran berpemberat bagi persamaan semantik telah dicadangkan bagi mengatasi isu di dalam pengukuran berasaskan ciri hierarki. Ukuran cadangan tersebut bergantung ke atas superkonsep (pewaris) yang diekstrak daripada taksonomi semantik. Empat mekanisma diperkenalkan bagi mengukur darjah relavan ciri dalam perwakilan semantik konsep dengan menggunakan parameter topologi (tepi, kedalaman, keturunan dan ketumpatan) di dalam taksonomi semantik. Dengan menggunakan taksonomi semantik bagi WordNet (WN), ukuran semantik yang dicadang dinilai untuk persamaan semantik perkataan ke atas empat set data piawaian emas. Keputusan eksperimen yang diperolehi daripada penyelidikan ini menunjukkan bahawa ukuran yang dicadangkan mengatasi kaedah garis dasar bagi pengukuran persamaan semantik antara perkataan dalam ke semua set data. Kaedah yang dicadangkan telah mencapai keputusan keertian statistik pada aras 0.05. Selain itu, hasil penilaian tersebut menunjukan bahawa pengukuran yang dicadang adalah efektif sebagai teknik perwakilan semantik yang baru berbanding dengan ukuran konvensional kandungan maklumat.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Sarjana Sains Komputer | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Semantic networks (Information theory) | |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | |
dc.title | Pengukuran persamaan semantik berpemberat berdasarkan sumber leksikal | |
dc.type | theses | |
dc.format.pages | 100 | |
dc.identifier.callno | Q387.5.U466 2017 3 tesis | |
dc.identifier.barcode | 003801(2019) | |
Appears in Collections: | Faculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_107072+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 836.17 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.