Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/476467
Title: Penemplatan implan digital untuk penggantian sendi pergelangan kaki
Authors: Livia Trifani Andikha (P74149)
Supervisor: Azrulhizam Shapi’i, Dr.
Keywords: Implan digital
Pra-pembedahan
Ankle Joint -- Surgery
Issue Date: 6-Jan-2017
Description: Penggantian sendi pergelangan kaki (Total Ankle Replacemen) adalah sangat penting dalam langkah melaksanakan prosedur perancangan pra-pembedahan kerana ia boleh menentukan saiz implan yang optimum. Pada masa kini, banyak pesakit yang mengalami kerosakan atau traumatik pada sendi pergelangan kaki dan perancangan pra-pembedahan masih menggunakan template dan radiograf. Kaedah ini boleh menyumbang kepada kesilapan pembedahan. Untuk tujuan ini, penentuan saiz implan secara digital dengan menggunakan kaedah cuba jaya perlu dibangunkan supaya perancangan pra-pembedahan boleh dilaksanakan dengan berkesan. Dalam kajian ini, teknik baru penentuan saiz implan berbantukan komputer telah dibangunkan untuk proses perancangan pra-pembedahan dalam penggantian sendi pergelangan kaki. Sistem Orthopaedic-TAR dibangunkan dengan menggunakan perisian Neatbeans mempunyai tiga modul utama iaitu input, penemplatan dan output. Sistem ini membolehkan pakar bedah memilih implan digital yang sedia ada pada perisian dan kemudian meletakkan implan tersebut diatas imej sinar-X digital dua dimensi (2D). Komponen implan yang terlibat dalam penggantian sendi pergelangan kaki ialah implan hintegra dan implan ini telah direka bentuk menggunakan perisian AutoCAD. Dalam modul perancangan penemplatan, teknik penentuan saiz implan digital menggunakan kaedah cuba jaya. Dengan menggunakan teknik ini, saiz implan hintegra ditentukan berdasarkan kedudukan implan digital diatas imej sinar-X digital DICOM. Imej sinar-X DICOM pesakit telah dipilih secara rawak untuk menguji ketepatan dan keberkesanan saiz implan yang dibangunkan Hasil kajian ini terutamanya reka bentuk implan yang dibangun, menyumbang kepada penemplatan digital untuk penggantian sendi pergelangan kaki.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
Pages: 70
Call Number: RD562.A533 2017 3 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_97965+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
401.4 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.