Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/476465
Title: Model pengurusan konfigurasi perisian dipermudah untuk khidmat perisian di universiti awam
Authors: Zulaikha Mohamad (P75853)
Supervisor: Jamaiah Yahaya, Prof. Madya Dr.
Keywords: Perisian
Universiti awam
Software configuration management
Issue Date: 4-Dec-2017
Description: Pengurusan Konfigurasi Perisian (SCM) merupakan proses sokongan bagi Kitar Hayat Pembangunan Perisian (SDLC) yang bermanfaat kepada pengurusan projek, aktiviti pembangunan dan penyenggaraan, aktiviti jaminan kualiti, dan pengguna akhir produk perisian. Selain pengurusan dan perancangan dalam SCM, SCM juga melibatkan penghasilan artifak di sepanjang hayat perisian. Meskipun beberapa aktiviti SCM dapat dibantu dengan penggunaan perisian automasi SCM tetapi tidak semua menggunakannya kerana didapati kurang fleksibel. Melalui temu bual yang dijalankan di kalangan pengamal perisian Universiti Awam (UA), tiada piawai SCM yang mudah untuk diadaptasi dan diamalkan. Model SCM sedia ada seperti ISO 10007:2003, IEEE dan CMMI adalah kompleks dan sukar untuk dilaksanakan kerana mempunyai banyak langkah dan penyediaan artifak dalam proses generik SCM. Kurang kesedaran tentang kepentingan SCM dan tanggapan SCM sebagai tambahan beban kerja menambahkan kesukaran pengamalannya di UA. Objektif kajian ini ialah mengenal pasti komponen dan amalan semasa SCM di kalangan pengamal perisian dan mencadangkan Model Pengurusan Konfigurasi Perisian Dipermudah (s-SCMM) untuk perkhidmatan perisian di UA. Skop kajian ini adalah pelaksanaan SCM di UA pada peringkat penyenggaraan sistem. Kajian ini dilaksanakan dalam empat fasa utama iaitu: 1) melaksana kajian teori untuk membantu dalam menyediakan kerangka konsep, 2) melaksana kajian empirikal untuk mengenal pasti amalan semasa, faktor kejayaan dan komponen SCM yang diguna pakai di kalangan pengamal perisian, 3) membangun s-SCMM yang mengambil kira proses, teknologi, peralatan, manusia, autoriti, serta faktor yang membawa kepada kejayaan SCM, dan 4) mengesah s-SCMM melalui penilaian pakar. s-SCMM dibangunkan untuk membantu pelaksanaan SCM di persekitaran UA. Model ini dipermudah, dan diringkaskan serta diberi penekanan terhadap Pengurusan Perubahan, Kawalan Versi, Pembinaan Sistem, dan Pengurusan Keluaran berdasarkan input daripada kajian teorikal dan empirikal. Penilaian pakar membuktikan s-SCMM adalah model SCM yang mudah dan praktikal untuk diaplikasi dan diamal dalam persekitaran UA. Pembangunan prototaip aplikasi alat mudah alih dilaksanakan sebagai contoh perspektif visual tentang bagaimana adaptasi model ini ke persekitaran sebenar. Dengan hasil kajian ini, s-SCMM menjadi satu platform yang memudahkan penggunaan dan pelaksanaan SCM secara menyeluruh dalam sesebuah organisasi. Penggunaan model ini dijangka dapat memudahkan proses penyediaan dan penggunaan artifak SCM supaya lebih efektif, efisyen dan sistematik.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
Pages: 201
Call Number: QA76.76.C69Z838 2017 3 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_97963+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
379.41 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.