Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/476462
Title: Permainan interaktif menggunakan teknologi pengesan 3D Kinect sebagai terapi kanak-kanak autistik
Authors: Noor Atifah Abd Rahman (P72341)
Supervisor: Azrulhizam Shapi’i, Dr.
Keywords: Permainan interaktif
3D Kinect
Terapi
Kanak-kanak autistik
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Issue Date: 3-May-2017
Description: Perkembangan teknologi membawa kepada peningkatan teknologi untuk pemulihan dan kesihatan. Permainan serius untuk kesihatan merupakan salah satu hasil dari perkembangan teknologi dan mengakibatkan pertambahan penglibatan dari kalangan pengguna yang menghadapi masalah kesihatan. Kanak-kanak autistik seringkali menghadapi masalah koordinasi tangan - penglihatan dimana ia amat penting dalam menguruskan aktiviti seharian. Pelbagai jenis permainan serius dan teknologi telah dibangunkan untuk pemulihan. Namun begitu, spesifikasi permainan sedia ada lebih tertumpu pada orang dewasa dan kanak-kanak normal. Permainan serius yang didapati berkesan untuk pemulihan kesihatan dicadang untuk mengatasi masalah ini. Reka bentuk model permainan dikaji untuk menghasilkan permainan yang berkesan. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti, membangun dan menilai prototaip permainan interaktif menggunakan teknologi pengesan 3D Kinect sebagai terapi kanak-kanak autistik berasaskan Model Penilaian Kognitif. Kajian ini mempunyai empat fasa iaitu analisis, reka bentuk, implimentasi dan penilaian. Pada fasa analisis, aspek koordinasi tangan-penglihatan, elemen permainan pemulihan, model perubahan tingkah laku, halangan kanak-kanak autistik terhadap teknologi, teknologi dan perisian yang bersesuaian serta reka bentuk persekitaran permainan dikenal pasti melalui kajian kesusasteraan. Fasa reka bentuk merupakan fasa model permainan dihasilkan berdasarkan fasa analisis. Pada fasa implementasi, prototaip permainan dibangunkan berdasarkan model permainan. Peringkat terakhir, prototaip permainan dinilai menggunakan kaedah telusur kognitif . Sumbangan kajian ini adalah model permainan interaktif menggunakan teknologi pengesan 3D Kinect sebagai terapi kanak-kanak autistik berasaskan Model Penilaian Kognitif.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
Pages: 99
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_97960+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
374.51 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.