Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/476461
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Noraidah Sahari @ Ashaari, Prof. Madya Dr. | |
dc.contributor.author | Fanindia Purnama Sari (P78426) | |
dc.date.accessioned | 2023-10-06T09:18:54Z | - |
dc.date.available | 2023-10-06T09:18:54Z | - |
dc.date.issued | 2017-06-06 | |
dc.identifier.other | ukmvital:97959 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/476461 | - |
dc.description | Sistem maklumat pengurusan pelajar siswazah dalam insitusi pendidikan tinggi adalah penting untuk mengurus pelbagai keperluan akademik pelajar, antaranya adalah pendaftaran, pelantikan penyelia, pembentangan usulan penyelidikan sehingga lantikan penilai dan urusan viva. Sistem Maklumat Siswazah (SMASH) telah dibangun dan digunakan di Fakulti Teknologi Sains dan Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia untuk memudahkan kerja Unit Pengurusan Siswazah (UPS). Walaupun sistem tersebut memiliki fungsian yang diperlukan bagi pengurusan pelajar siswazah, namun SMASH jarang digunakan. Penggunaan yang tidak berterusan menunjukkan adanya masalah kebolehgunaan pada sistem. Banyak permohonan pelajar yang dimohon melalui SMASH tidak disedari oleh pentadbir. Fungsian SMASH terhad untuk muat turun borang permohonan sahaja, dan terdapat kelemahan menu pentadbiran daripada aspek fungsian dan reka bentuk antara muka. Oleh itu, kajian ini bertujuan membangun satu model kebergunaan yang dijadikan panduan untuk menambahbaik SMASH. Model kebergunaan dibangun dengan mengubah suai piawaian kebolehgunaan ISO 9241 dan ISO 9126. Kajian dijalankan menggunakan kaedah Reka Bentuk Berpusatkan Pengguna yang melibatkan pelajar dan pentadbir. Kajian bermula daripada mengenal pasti masalah kebolehgunaan yang berlaku melalui kajian Heuristik dan menganalisis keperluan melalui penelitian sistem dan temu bual. Hasil kajian awal mendapati bahawa perlu adanya penambaikan dari aspek reka bentuk antara muka dan fungsian bagi memenuhi keperluan pengguna dan matlamat penggunaan sistem maklumat pengurusan pelajar siswazah. Analisis keperluan pengguna dan cadangan penambahbaikan menjadi asas kajian ini dalam reka bentuk semula prototaip. Setelah reka bentuk semula mengikut pandangan pengguna dan model kebergunaan sedia ada, pengujian akhir prototaip dilakukan oleh 30 orang responden menggunakan soal selidik bagi mengesahkan model kebergunaan. Daripada hasil pengujian, model kebergunaan dan reka bentuk prototaip dapat membantu pentadbir dan pelajar mengurus aktiviti akademik.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah" | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Sistem maklumat | |
dc.subject | Pengurusan pelajar | |
dc.subject | Siswazah | |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | |
dc.title | Model kebergunaan sistem maklumat pengurusan pelajar siswazah | |
dc.type | theses | |
dc.format.pages | 120 | |
dc.identifier.barcode | 003042(2017) | |
Appears in Collections: | Faculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_97959+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 100.76 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.