Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/476444
Title: Rangka kerja pelaksanaan sistem e-kerajaan berasas pengkomputeran awan bagi sektor awam di Malaysia
Authors: Nurul Elliza Jasmin (P72198)
Supervisor: Mohammad Khatim Hasan, Prof. Madya Dr.
Keywords: Sistem e-Kerajaan
Pengkomputeran awan
Teoritikal
Empirikal
Sektor awam
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Issue Date: 2-Mar-2017
Description: Pelaksanaan sistem e-Kerajaan memerlukan penggunaan teknologi baru, kaedah dan pendekatan yang berkesan. Walau bagaimanapun, pembangunan dan penyenggaraan sistem e-Kerajaan turut memerlukan peruntukan yang besar, bukan sahaja berkaitan dengan kos perkakasan dan perisian tetapi juga kos peningkatan sistem, latihan, keperluan infrastruktur dan perluasan sistem e-Kerajaan. Selain itu, aspek tadbir urus terhadap pelaksanaan sistem e-Kerajaan dalam mengadaptasi penggunaan teknologi baru kurang diberi perhatian. Dalam masa yang sama, teknologi pengkomputeran awan menawarkan perkhidmatan penggunaan sumber secara menyeluruh melalui pendekatan Internet. Analisis awal mendapati konsep pengkomputeran awan menjadi penting bagi setiap kerajaan dengan memudahkan perjalanan kerja, meningkatkan produktiviti dan membawa kepada penjimatan kos. Justeru itu, penyelidikan ini bertujuan untuk menganalisis dan mengenal pasti faktor-faktor utama yang menyumbang ke arah kejayaan pelaksanaan sistem e-Kerajaan berasas perkomputeran awan. Dengan menggunakan kaedah analisis kandungan, penyelidikan ini secara khusus mencadangkan satu rangka kerja berkenaan pelaksanaan sistem e-Kerajaan berasas pengkomputeran awan dengan menggabungkan kajian teoritikal dan empirikal. Kajian kesusasteraan terhadap kajian-kajian terdahulu telah dijalankan dalam mendapatkan data teoritikal, manakala teknik temubual telah digunakan untuk mendapatkan data empirikal dan terdapat seramai tujuh pegawai berkaitan yang terlibat. Seterusnya, analisis kajian pakar domain telah dijalankan bagi mengesahkan cadangan rangka kerja yang telah dibangunkan. Rangka kerja yang dibangunkan ini menggabungkan faktor persekitaran, proses dan produk. Faktor persekitaran terdiri daripada elemen manusia, perundangan, organisasi dan infrastruktur teknologi maklumat dengan mengambil kira aspek tiga model perkhidmatan pengkomputeran awan iaitu infrastruktur sebagai perkhidmatan (IaaS), platform sebagai perkhidmatan (PaaS) dan perisian sebagai perkhidmatan (SaaS). Faktor proses pula terdiri daripada empat proses utama yang saling berhubungkait iaitu berasas kepada Plan-Do-Check-Act (PDCA) Cycle bagi memastikan pelaksanaan sistem adalah secara berterusan dan seterusnya menghasilkan sistem yang berkualiti. Rangka kerja ini secara tidak langsung dapat dijadikan panduan kepada agensi kerajaan sebagai pelan tindakan terhadap pelaksanaan sistem e-kerajaan berasas pengkomputeran awan di Malaysia.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
Pages: 142
Publisher: UKM, Bangi
URI: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/476444
Appears in Collections:Faculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_86189+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
205.26 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.