Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/476438
Title: | Teknik interaksi realiti maya semula jadi untuk terapi hemiparesis |
Authors: | M. Israr Fathoni ( P67901) |
Supervisor: | Zurina Muda, Dr. |
Keywords: | Hemiparesis Fisioterapi Terapi realiti maya Pergerakan neuro motor Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 14-Jul-2016 |
Description: | Hemiparesis ialah kelemahan bahagian badan atau separuh badan. Hemiparesis boleh disebabkan oleh cerebral palsy, masalahsaraf, strok, atau kemalangan. Pesakit hemiparesis perlu melakukan fisioterapi untuk membuat pergerakan supaya meningkatkan keseimbangan badan mereka. Pesakit hemiparesis mungkin tidak akan sembuh seperti sedia kala namun, mereka boleh meningkatkan kemahiran motor mereka melalui amalan gerakan berulang-ulang. Pada masa ini, teknik fisioterapi konvensional mempunyai beberapa cabaran seperti ketersediaan juru terapi, kos terapi, pengangkutan dan juga keluarga untuk menemani pesakit ke hospital. Sejak tahun 2007 aplikasi persekitaran maya yang lebih murah telah dibangun untuk manfaat perubatan. Dalam kes hemiparesis, keperluan ini wujud untuk memudah dan membantu pesakit melakukan latihan terapi di rumah. Terapi realiti maya (virtual reality - VR) melibatkan pengalaman perantaraan komputer yang menyeronokkan dan interaktif yang direka untuk mendapat pergerakan neuro motor tertentu. Justeru kajian ini akan membangun aplikasi VR untuk pesakit yang mempunyai masalah hemiparesis berasaskan tenik semula jadi seperti genggam dan lepas (grab and drop) yang mengaplikasi teknologi perkakasan yang sesuai untuk kegunaan di rumah. Seterusnya penilaian dilakukan terhadap teknik interaksi 3D tersebut untuk melihat keberkesanannya dari segi ujian/terapi bagi pesakit yang mempunyai masalah hemiparesis. Penilaian keberkesanan aplikasi dilakukan terhadap lima orang responden yang mengidap hemiparesis. Hasil kajian mendapati teknik ini sesuai digunakan untuk terapi gerakan neuromotor bagi pesakit hemiparesis bahagian atas (terutamatangan). Ia menunjukkan bahawa responden boleh menerima teknik dan aplikasi ini sebagai sebahagian daripada program terapi untuk rumah. Maka hipotesis kajian ini iaitu teknik yang digunakan berkesan dan boleh diguna sebagai pilihan terapi bagi terapi hemiparesis diterima. Keberkesanan teknik yang digunakan telah diuji dengan meningkatnya purata kecepatan pergerakan tangan pesakit sebanyak 6.3% selepas mengguna aplikasi ini. Kebolehgunaan aplikasi juga turut dinilai oleh pakar IT yang mendapati aplikasi ini sesuai untuk terapi pergerakan tangan. Diharap kajian ini memberi banyak manfaat kepada pesakit hemiparesis, sumbangan dalam aspek fisioterapi dan secara tidak langsung membantu kepada peningkatan kesihatan awam.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah" |
Pages: | 131 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_85954+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 288.58 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.