Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/476427
Title: | Rangka kerja penilaian ralat dan kesilapan dalam proses ujian makmal dan sistem maklumat makmal di persekitaran klinikal |
Authors: | Azila Arifin (P63387) |
Supervisor: | Maryati Mohd Yusof, Prof. Madya Dr. |
Keywords: | Proses ujian maklmal Sistem maklumat makmal Ralat Kesilapan Rangka kerja Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 26-Jan-2017 |
Description: | Sistem maklumat makmal (Laboratory Information Systems) (LIS) memproses dan menyelenggara data berkaitan proses ujian makmal yang melibatkan pengambilan sampel pesakit sehingga keputusan ujian makmal dikeluarkan. Aktiviti dalam proses ujian makmal terdiri daripada lima fasa, iaitu pra-pra-analisis, pra-analisis, analisis, pasca-analisis dan pasca-pasca-analisis yang mewakili rangka kerja proses keseluruhan ujian (Total Testing Process) (TTP). Aktiviti dalam proses ujian makmal terdedah kepada ralat yang memberi kesan kepada penggunaan LIS. Kajian lepas menunjukkan kadar ralat tertinggi wujud di permulaan dan akhir proses ujian makmal. Objektif utama kajian ini adalah untuk menambahbaik rangka kerja TTP yang dijadikan sebagai alat untuk mengenalpasti faktor ralat berkaitan LIS dan aliran proses ujian makmal. Rangka kerja baru TTP-LIS yang dibangunkan adalah hasil gabungan proses ujian makmal dan LIS. Bagi menghasilkan kaedah penilaian menyeluruh, cadangan rangka kerja diadaptasi daripada model Human-Organization-Technology fit (HOT-fit) yang menggabungkan faktor manusia, organisasi dan teknologi. Kajian kes secara kualitatif dijalankan di hospital dan makmal perubatan XY melalui proses pengumpulan data secara temubual, pemerhatian dan analisis dokumen yang melibatkan doktor, penolong pegawai teknologi maklumat, ketua makmal, jururawat dan kakitangan makmal. Data dianalisis menggunakan rangka kerja TTP-LIS dan A3 Problem Solving. Kajian kes menunjukkan kebolehgunaan cadangan rangka kerja untuk menilai faktor ralat. Ralat dalam LIS dan proses ujian makmal berpunca daripada keperluan pengguna tidak dipenuhi, tiada kerjasama antara pihak teknologi maklumat hospital dan makmal, ketidakselarasan rekabentuk perisian dalam integrasi sistem, ralat penghantaran data di antara sistem dan kurang motivasi menggunakan sistem. Faktor ralat tersebut berkaitan dengan elemen pembangunan sistem yang disebabkan oleh faktor kegagalan terpendam (latent failure) sangat mempengaruhi kualiti maklumat dan penggunaan sistem. Kewujudan ralat pembangunan sistem pula dipengaruhi oleh kelemahan kualiti perkhidmatan. Kajian ini memberi sumbangan penting dalam kaedah penilaian menyeluruh untuk proses ujian makmal dan LIS.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah" |
Pages: | 89 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_85942+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 202.37 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.