Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/476426
Title: Pendekatan rekabentuk persuasif dalam aplikasi mudah alih diet sihat bagi warga emas
Authors: Mohamad Hidir Mhd Salim (P75858)
Supervisor: Nazlena Mohamad Ali , Prof. Madya Dr.
Keywords: Diet
Aplikasi mudah alih
Maklumat kesihatan
Warga emas
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 1-Nov-2016
Description: Diet memainkan peranan penting sebagai salah satu faktor risiko yang boleh menyebabkan penyakit kronik. Bagi warga emas, proses penuaan boleh menjejaskan keupayaan berinteraksi secara berkesan dengan sesebuah aplikasi maklumat kesihatan. Warga emas di Malaysia didapati kurang mahir terhadap penggunaan teknologi seperti teknologi mudah alih. Dengan menggunakan aplikasi mudah alih, pemantauan diet warga emas dan gaya hidup mereka dapat dilakukan sejajar dengan perkembangan teknologi semasa. Walaubagaimanapun, tahap penerimaan teknologi oleh warga emas didapati rendah kerana masalah fizikal, kognitif dan deria adalah terhad. Bagi menyelesaikan isu penyelidikan ini, sebuah prototaip aplikasi mudah alih dinamakan Nutrihealth dibangunkan dalam kajian ini dengan mengambilkira rekabentuk berasaskan persuasif dan garispanduan khusus bagi warga emas. Aplikasi ini mengandungi maklumat seperti Indeks Jisim Badan (BMI), menu cadangan sihat, dan modul pemantauan kalori supaya warga emas mendapat maklumat kesihatan yang diperlukan. Rekabentuk aplikasi antaramuka berasaskan persuasif telah digunakan dalam proses pembangunan bagi membantu warga emas yang memudahkan proses navigasi, pemantauan dan interaksi maklumat kesihatan pemakanan. Penyelidikan bermula dengan kajian awal mengkaji teknik persuasif yang sesuai untuk warga emas serta rekabentuk antaramuka warga emas. Dengan menggunakan teknik yang telah dipilih, sebuah prototaip telah dibangunkan serta dinilai penerimaannya. Objektif kajian ini adalah; (a) mengenalpasti reka bentuk atau teknik persuasif yang sesuai untuk aplikasi mudah alih warga emas, (b) membangunkan aplikasi mudah alih yang menggunakan reka bentuk persuasif, (c) menilai penerimaan aplikasi mudah alih yang telah dibangunkan menggunakan reka bentuk persuasif terutama pada elemen persuasif tersebut. Teori Penerimaan dan Penggunaan Teknologi (UTAUT) telah digunakan dalam proses penilaian. 10 warga emastelah terlibat menggunapakaiaplikasi ini selama 3 hari berturut-turut berserta sesi soal selidik dan temubual. Hasil dapatan menunjukkan bahawa majoriti daripada mereka (90%) memberi maklum balas positif kepada reka bentuk aplikasi. Terdapat peningkatan dalam pengambilan kalori yang baik dalam tempoh penilaian. Pemantauan yang telah dibuat selama tempoh kajian menunjukkan responden telah menunjukkan perubahan kepada pemakanan yang lebih sihat. Berdasarkan keseluruhan keputusan kajian, dapat disimpulkan bahawa aplikasiini telah diterima baik oleh responden kajian dan berpotensi dikembangkan bagi kehidupan sihat.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
Pages: 115
Publisher: UKM, Bangi
URI: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/476426
Appears in Collections:Faculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_85941+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
208.88 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.