Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/476422
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorZurina Muda, Dr.
dc.contributor.authorAmir Muzakkir Ikhsan (P65707)
dc.date.accessioned2023-10-06T09:18:11Z-
dc.date.available2023-10-06T09:18:11Z-
dc.date.issued2016-09-19
dc.identifier.otherukmvital:85660
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/476422-
dc.descriptionPendidikan prasekolah melibatkan murid secara aktif seperti belajar melalui bermain, meneroka alam sekitar, membuat eksperimen dan cuba jaya. Namun, pengajaran dan pembelajaran tradisonal kurang berkesan kerana maklumat disampaikan daripada guru kepada pelajar hanya tertumpu dan bergantung kepada satu deria atau dua deria sahaja iaitu melalui percakapan dan penulisan. Bahan bacaan konvensional yang statik juga tidak membantu dan tidak menggalakkan penggunaan strategi pembelajaran dalam memperoleh makna teks yang dibaca. Keadaan ini jika dibiarkan akan menyebabkan masalah pembelajaran berterusan sehingga ke peringkat yang lebih tinggi. Oleh yang demikian timbul kesedaran menyediakan pelbagai alternatif dengan menggunakan perwakilan visual dan audio dimanfaatkan bagi menyumbang kepada persekitaran pembelajaran membaca-faham di kalangan kanak-kanak prasekolah dengan lebih berkesan. Objektif kajian ini ialah mengenalpasti kesesuaian teknik pembelajaran sedia ada untuk kanak-kanak prasekolah dan kesediaan guru-guru jika teknik pembelajaran dan pengajaran diubah mengikut kesesuaian zaman. Seterusnya model konseptual kajian direkabentuk dan satu prototaip pendekatan interaktif dengan nilai Islam bagi kanak-kanak prasekolah dibangun serta dinilai ciri interaktifnya. Kaedah kuantitatif melalui tiga set soal selidik digunakan untuk mengumpulkan data. Sampel untuk kajiselidik I melibatkan 10 orang guru, manakala untuk kajiselidik II melibatkan 26 orang guru dan 20 orang murid prasekolah dari Bandar Baru Bangi, Selangor. Bahagian pertama iaitu kajiselidik I adalah kajian awal. Hasil kajian, menunjukkan kesemua guru bersetuju jika pembelajaran ditukar cara penyampaiannya iaitu penambahbaikan sesuai dengan perubahan teknologi. Bahagian kedua hasil kajian adalah prototaip perisian yang direkabentuk berdasarkan modul multimedia interaktif berpandukan pendekatan pembelajaran sambil bermain dan kognitif berasaskan buku bertajuk A Busy Bee yang diterapkan nilai-nilai Islam. Hasil dapatan kajiselidik II menunjukkan responden di kalangan guru dan murid prasekolah bersetuju bahawa perisian multimedia tersebut menepati ciri interaktif yang diperlukan dalam sesebuah perisian pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak prasekolah. Oleh itu bagi memperkemaskan lagi sistem pendidikan prasekolah perlu diberi perhatian yang sewajarnya untuk menambahkan elemen multimedia interaktif agar murid tidak bosan dan persekitaran pembelajaran menjadi seronok. Selain daripada itu penerapan nilai-nilai Islam perlu ditambahkan melalui modul bertema kerana matapelajaran Pendidikan Agama Islam yang diajar melalui modul asas sangat sedikit masa yang diperuntukan dan tidak mencukupi untuk menanamkan nilai-nilai Islam di kalangan pelajar sejak prasekolah lagi.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat
dc.rightsUKM
dc.subjectPendidikan prasekolah
dc.subjectKanak-kanak prasekolah
dc.subjectModul multimedia
dc.subjectNilai Islam
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.titlePendekatan multimedia interaktif dengan nilai Islam untuk kanak-kanak prasekolah
dc.typetheses
dc.format.pages120
dc.identifier.barcode002637(2017)
Appears in Collections:Faculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_85660+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
354.49 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.