Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/476420
Title: Model bakat akademik bagi faktor bakat penerbitan menggunakan teknik apriori
Authors: Fazuha Ismail (P56159)
Supervisor: Zulaiha Ali Othman, Prof. Madya Dr.
Keywords: Bakat akademik
Perlombongan data
Algoritma apriori
Bakat penerbitan
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 14-Mar-2016
Description: Dalam merealisasikan kegemilangan sesebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA), satu perkara yang seharusnya dititik beratkan adalah pembangunan bakat sumber manusia akademik yang kejat dan mampan. Pembuat keputusan yang tepat berdasarkan maklumat lepas sangat penting bagi pihak Pengurusan Sumber Manusia (PSM). Hal ini bagi memastikan kecemerlangan kakitangan akademik dalam memantapkan dan mengukuhkan pendidikan negara ke arah memacu kejayaan sesebuah IPTA. Kajian perlombongan data telah digunakan untuk tujuan ini bagi menghasilkan petua bakat akademik menggunakan teknik pengelasan, namun petua yang dihasilkan bersifat keseluruhan bakat akademik. Penerbitan merupakan satu komponen utama bakat akademik yang memerlukan bakat penerbitan akademik untuk diurus dan ditingkatkan. Oleh itu tujuan kajian ini adalah untuk menghasilkan model bakat akademik berdasarkan faktor utama penyumbang kepada bakat penerbitan menggunakan teknik petua sekutuan. Sebanyak lima kriteria penting bagi faktor bakat penerbitan diperoleh iaitu penerbitan, penyelidikan, penyeliaan, persidangan dan demografi. Kajian ini mengaplikasikan algoritma apriori untuk menemukan set petua perkaitan bermakna bagi penilaian bakat untuk kenaikan pangkat kakitangan akademik di IPTA tempatan. Empat fasa utama yang menjadi teras kerja penyelidikan iaitu mengenal pasti masalah, pengumpulan dan pra pemprosesan data, perlombongan petua sekutuan dan analisis pengetahuan. Kajian dijalankan menggunakan 1938 rekod data dari sebuah IPTA tempatan dengan jumlah atribut sebanyak 35 rekod selepas menjalani fasa pra-pemprosesan data. Eksperimen dijalankan ke atas empat perkaitan penting faktor bakat penerbitan iaitu melibatkan hubungan antara penerbitan dan demografi, penerbitan dan penyelidikan, penerbitan dan penyeliaan dan penerbitan dan persidangan. Pemberat nilai sokongan minimum ditetapkan untuk penjanaan item kerap adalah antara 0.05 hingga 0.2 manakala nilai keyakinan minimum bagi penjanaan petua antara 0.3 hingga 1.0. Hasil kajian telah berjaya membangunkan model bakat berdasarkan pemerolehan pengetahuan yang berkaitan dengan faktor penerbitan dan telah dinilai dengan perbandingan garis panduan kenaikan pangkat ahli akademik. Model bakat didapati lebih berpotensi untuk digunakan dalam pengurusan bakat PSM. Analisis pengetahuan terperinci menggunakan model bakat dapat memberi gambaran jelas berhubung paten dan permasalahan pengurusan PSM. Secara keseluruhannya, penemuan pengetahuan ini membantu meningkatkan kualiti proses pembuatan penilaian pengurusan bakat kakitangan akademik dan perancangan pada masa hadapan PSM.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
Pages: 190
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_85657+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
327.72 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.