Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/476418
Title: | UKM C2M : sistem pengurusan kluster menggunakan perisian sumber terbuka |
Authors: | Rajermani a/p Thinakaran (P45093) |
Supervisor: | Elankovan Sundarajan, Dr |
Keywords: | Computer software |
Issue Date: | 15-Feb-2015 |
Description: | Kemunculan komputer kluster telah mendominasi berbagai aspek di dalam bidang sains, kejuruteraan dan penggunaan komersial. Ini di sebabkan kos penyelenggaran yang rendah, kuasa pemprosesan yang laju, kesinambungan perkakasan serta pencapaian perisian secara percuma dan dapat digunakan untuk tujuan pembangunan aplikasi kluster. Untuk mengurus dan memantau sesebuah nod dalam rangkaian kluster, sistem aplikasi khusus yang dikenali sebagai Sistem Pengurusan Kluster (SPK) diperlukan. Dari tinjauan yang telah dibuat, boleh dikatakan kesemua SPK direka untuk kegunaan penyelidikan sesuatu organisasi itu sendiri ataupun untuk tujuan pengkomersialan. Setelah menjalankan kajian terhadap beberapa SPK yang sedia ada dari segi ciri-ciri dan fungsi, sebuah prototaip telah diimplimentasikan. Prototaip ini dikenali sebagai UKM C2M. Tujuan prototaip ini dibangunkan adalah untuk mengotomasikan kerja-kerja yang berulang seperti shutdown atau rebot, penginstalan aplikasi atau sebaliknya dan mencipta akaun pengguna baru dengan katalaluan ataupun membatalkan akaun penguna. Fungsi ini dibina untuk kesemua nod atau nod-nod tertentu dalam rangkaian kluster. Memandangkan nod utama menguasai keseluruhan rangkaian kluster, maka fungsi menyediakan akaun pengguna serta katalaluan atau membatal akaun pengguna juga turut disertakan. Multi Router Traffic Graphics (MRTG) digunakan untuk memantau nod dari segi pengunaan cpu, disk dan memori. Fungsi penghasilan laporan aktiviti setiap nod juga disediakan. Kaedah pembangunan UKM C2M adalah berasaskan kepada Kitar Hayat Pembangunan Sistem (SDLC) dan menggunakan perisian sumber terbuka. Diantaranya ialah Linux (Ubuntu) sebagai sistem pengoperasian, Apache sebagai pelayan web, MySQL sebagai pangkalan data, HTML untuk pembinaan aplikasi web, Linux shell scripting dan PHP sebagai bahasa pengaturcaraan manakala File Transfer Protocol (FTP) digunakan untuk komunikasi di antara nod. Secara keseluruhan, prototaip UKM C2M senang dikendalikan dan dapat digunakan secara umum di dalam berbagai bidang dengan fungsi asas SPK.,Master / Sarjana |
Pages: | 117 |
Call Number: | QA76.76.S46.R337 2012 |
Publisher: | UKM, Bangi |
URI: | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/476418 |
Appears in Collections: | Faculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_85157+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 2.14 MB | Adobe PDF | ![]() View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.