Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/476405
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.author | Abdul Hadi Jehmica Abdullah (P58673) | |
dc.date.accessioned | 2023-10-06T09:17:53Z | - |
dc.date.available | 2023-10-06T09:17:53Z | - |
dc.date.issued | 2012 | |
dc.identifier.other | ukmvital:85036 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/476405 | - |
dc.description | Sehingga kini, insiden keselamatan maklumat angkara perbuatan ancaman dalaman masih lagi berlaku akibat kelemahan pelaksanaan dan penguatkuasaan polisi keselamatan maklumat dalam organisasi. Walaupun insiden akibat ancaman dalaman tidak sekerap ancaman luar, tetapi kesan dan impak terhadap organisasi adalah besar berbanding ancaman luar. Banyak kajian mendapati penyelesaian pencegahan terhadap ancaman dalaman adalah begitu rumit, mengambil masa yang panjang dan tidak memuaskan berbanding ancaman siber dari luar organisasi. Ini adalah kerana ia membabitkan pekerja, bekas pekerja atau orang luar yang bertindak sebagai orang dalaman (external insider) yang berpengetahuan luas dan memahami struktur organisasi serta tahu bagaimana sistem keselamatan dalaman beroperasi. Ini termasuklah akses capaian pekerja tidak pernah dimansuh atau diubah dalam masa yang tepat terhadap mana-mana pekerja yang dipindahkan dan diberhentikan. Justeru, pengumpulan data dan analisis tentang insiden keselamatan maklumat angkara perbuatan ancaman dalaman adalah menjadi semakin sukar dan terhad. Objektif pertama kajian ini ialah untuk menilai keberkesanan pelaksanaan sistem kawalan capaian di agensi sektor awam. Seterusnya, objektif kedua kajian ini adalah untuk mengenal pasti kerangka kerja yang sesuai untuk mengukur dan menilai tahap pelaksanaan. Skop kajian ini meliputi pelaksanaan sistem kawalan capaian di persekitaran sistem perkomputeran di dua agensi sektor awam yang terpilih. Kajian kes ini menggunakan kaedah temubual semi struktur, pemerhatian, dokumen analisis dan kaji selidik. Hasil dapatan kajian dianalisis dengan menggunakan kerangka kerja penilaian Human, Organisation and Technology-fit (HOT-fit). Penilaian sistem telah menjawab isu dan masalah yang dihadapi oleh para penggubal dan pelaksana polisi dalam melaksanakan sistem kawalan capaian di agensi sektor awam berdasarkan kepada tiga faktor, iaitu manusia, organisasi dan teknologi. Kajian ini memberi sumbangan terhadap pengukuhan dan penambahbaikan pelaksanaan polisi pencegahan terhadap ancaman dalaman di agensi sektor awam. Selain itu, kajian ini turut mencadangkan satu penambahan item pengukuran di bawah dimensi Kualiti Sistem faktor Teknologi, iaitu item pengukuran Ketersediaan Sistem. Ini termasuk dua sub-pengukuran iaitu, Penduaan dalam item pengukuran Keselamatan Sistem dan Integrasi Sistem dalam item pengukuran Kecekapan Sistem dalam dimensi Kualiti Sistem pada kerangka kerja penilaian HOT-fit.,Master / Sarjana | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Computer security | |
dc.title | Penilaian pelaksanaan sistem pencegahan terhadap ancaman dalaman di agensi sektor awam | |
dc.type | theses | |
dc.format.pages | 172 | |
dc.identifier.callno | QA76.9.A25A227 2012 3 | |
dc.identifier.barcode | 002103 | |
Appears in Collections: | Faculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_85036+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 3.99 MB | Adobe PDF | ![]() View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.