Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/476400
Title: | Model kontekstual kebolehgunaan sistem maklumat eksekutif mudah alih bagi pemantauan projek |
Authors: | Rosnita Baharuddin (P56147) |
Supervisor: | Dalbir Singh, Dr. |
Keywords: | Mobile communication systems |
Issue Date: | 10-Jul-2013 |
Description: | Sistem Maklumat Eksekutif (SME) merupakan sistem maklumat pengurusan yang menyediakan laporan aras-tinggi bagi memantau kemajuan, menganalisis masalah dan membantu membuat keputusan. Kebanyakan SME berasaskan komputer dan penggunaannya terhad di persekitaran pejabat. Pemantauan adalah aktiviti penting dalam memastikan sesuatu projek berjaya dilaksanakan mengikut jadual, berdasarkan skop dan dalam kos yang diperuntukan. Memandangkan persekitaran projek adalah dinamik, perlu ada SME Mudah Alih (mSME) sebagai alat pemantauan alternatif yang boleh dicapai bila-bila masa dan di mana sahaja. Bagi memastikan kejayaan sesebuah aplikasi seperti mSME, aspek kebolehgunaan perlu diambilkira. Namun begitu, kebanyakan pembangunan aplikasi mudah alih tidak menerapkan aspek kebolehgunaan kerana kurangnya garis panduan yang berkaitan. Oleh itu, kajian ini menghasilkan model Kontekstual Kebolehgunaan mSME Pemantauan Projek yang mengandungi faktor konteks dan atribut kebolehgunaan serta garis panduan reka bentuk. Model dan garis panduan ini dirangka berdasarkan analisis kandungan kajian lepas, pemetaan keserasian fungsi peranti mudah alih dan penerapan ciri pemantauan projek melalui pemerhatian secara penyertaan. Untuk menguji model dan garis panduan tersebut, prototaip dibangun dan dinilai secara heuristik oleh pakar kebolehgunaan dan pakar domain pemantauan projek. Hasil penilaian digunakan untuk memperhalusi model yang menepati ciri kebolehgunaan. Model ini boleh dijadikan panduan dalam merekabentuk mSME khusus bagi pemantauan projek.,Master / Sarjana |
Pages: | 138 |
Call Number: | T58.6.R647 2013 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_85026+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 1.84 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.