Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/476399
Title: Metrics for measuring web disorientation based on error, performance time and backtracking parameters
Authors: Godiswary Paramasivam (P31587)
Supervisor: Pn.Noraidah Sahari @ Ashaari
Keywords: Hypertext systems
Issue Date: 2-Sep-2011
Description: Masalah disorientasi telah diketahui wujud sejak sistem hyperteks dan hypermedia mula diperkenalkan. Ia adalah antara penyebab utama kegusaran yang dialami oleh pengguna laman web. Disorientasi boleh mengakibatkan kekecewaan, kehilangan minat dan melambatkan proses pencarian maklumat. Pelbagai pendekatan telah dicadangkan dan dilaksanakan untuk mengatasi masalah ini. Bagaimanapun, tidak banyak bukti emprikal yang menunjukkan bahawa usaha ini berjaya. Salah satu punca adalah kerumitan dari segi pengukuran tahap disorientasi. Metrik sedia ada yang digunakan untuk mengukur kebolehgunaan hyperteks dan disorientasi melibatkan penjejakan dan permerhatian beberapa parameter sebagai penanda (indicator). Penanda yang sering digunakan adalah bilangan ralat yang dilakukan, dan masa yang diambil oleh pengguna untuk mencari sesuatu maklumat. Kajian telah menunjukkan bahawa salah satu tindakan yang diambil oleh pengguna apabila mereka mengalami masalah disorientasi, adalah 'berpatah balik' (backtracking). Pengguna sering 'berpatah balik' ke tempat tertentu untuk membolehkan mereka mengenalpasti semula lokasi dan arah yang betul dalam suatu persekitaran tertentu. Bagaimanapun, perlakuan ini tidak dimasukkan sebagai salah satu parameter penanda dalam metrik yang sedia ada. Oleh itu, kajian ini telah mengkaji dan meneroka hubungan yang wujud di antara perlakuan 'berpatah balik' dengan masalah disorientasi yang dialami oleh pengguna laman web. Suatu metrik yang ditambah baik telah dihasilkan dengan menggunakan 3 penanda; bilangan ralat, masa, dan bilangan 'berpatah balik'. Satu siri ujikaji telah dijalankan untuk mengesahkan kecekapan metrik yang dicadangkan. Analisis terhadap keputusan yang diperolehi telah mengesahkan bahawa metrik ini boleh digunakan untuk mengukur tahap disorientasi yang dialami oleh pengguna laman web,Master / Sarjana
Pages: 83
Call Number: QA76.76.H94.G644 2011
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_85018+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.19 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.