Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/476386
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorYazrina Yahya, Prof. Madya Dr.
dc.contributor.authorRahmat Hidayat (P51229)
dc.date.accessioned2023-10-06T09:17:32Z-
dc.date.available2023-10-06T09:17:32Z-
dc.date.issued2013-02-07
dc.identifier.otherukmvital:84856
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/476386-
dc.descriptionPeningkatan jumlah pengguna Internet masa kini mengakibatkan jumlah halaman web yang tersimpan meningkat dengan banyaknya. Jumlah ini semakin bertambah dengan teknologi blog yang memudahkan pengguna dalam mencipta sebuah halaman web. Menurut kajian yang ada didapati jumlah halaman web dan pengguna yang terdapat di Internet meningkat setiap harinya. Ini mengakibatkan pengguna internet mengalami kesukaran dalam mencari maklumat. Dokumen web yang sebahagian besar tidak berstruktur hanya boleh dibaca oleh pengguna namun tidak difahami oleh komputer, di mana hasil kueri yang dilakukan didapati tidak relevan dengan kehendak pengguna. Selain itu pencarian melalui kueri memerlukan waktu yang lama di dalam memastikan maklumat yang diinginkan diperolehi. Kebanyakan pembangun sistem menyelesaikan masalah ini dengan membangunkan web portal untuk mengumpulkan segala maklumat yang diperlukan oleh pengguna. Konsep web portal telah banyak diguna pakai di organisasi untuk memudahkan pencarian maklumat. Walau bagaimanapun, konsep web portal sedia ada tidak menggunakan teknologi terkini seperti semantik web untuk memastikan hasil pencarian diperolehi dengan lebih tepat dan cepat. Permasalahan ini telah membawa kepada pengembangan portal komuniti penyelidikan berasaskan web semantik (semantic web search) yang memberikan penyelesaian dalam pencapaian maklumat yang lebih relevan dan berkesan. Untuk merealisasikan pengembangan portal komuniti penyelidikan berasaskan web semantik yang diaplikasikan pada portal web semantik, satu domain khusus untuk memfokuskan pembangunan prototaip portal web semantik diperlukan. Matlamat utama penyelidikan ini ialah untuk memperkenalkan suatu pendekatan teknologi semantik dalam membangun sesebuah portal web yang akan digunakan oleh pengguna dalam mencari maklumat. Idea utama penyelidikan ini ialah untuk menjana domain ontologi komuniti penyelidikan yang digunakan dalam membangun sesebuah portal web berasaskan teknologi semantik mengenai komuniti penyelidikan di Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat Universiti Kebangsaan Malaysia (FTSM UKM). Dalam kajian ini, pengguna mendapatkan maklumat pada portal komuniti penyelidikan dengan teknologi semantik dan dapat menghantar kueri kepada sistem portal web semantik, sistem akan menganalisis kueri tersebut, kemudian dibandingkan dengan konsep dan parameter yang terdapat pada domain ontologi komuniti penyelidikan, hasil dari proses ini akan dipaparkan kepada pengguna dalam hasil carian dalam bentuk semantik. Oleh itu perincian kueri pengguna boleh dicapai secara interaktif dengan cara menyusuri dokumen yang dapat diperincikan dan dilayari secara semantik. Hasil utama yang diperolehi daripada penyelidikan ini telah dapat membantu pengguna untuk mendapatkan maklumat berdasarkan komuniti dan bidang penyelidikan di mana organisasi. Ini dibuktikan melalui pembangunan sesebuah prototaip portal web semantik komuniti penyelidikan di Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat Universiti Kebangsaan Malaysia yang telah membantu pengguna mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan komuniti penyelidikan diantaranya penyelidik, organisasi, penerbitan, peristiwa yang berkaitan dengan penyelidikan, sehingga memudahkan pengguna memperolehi maklumat yang berkaitan dengan penyelidikan yang lebih tepat dan berkesan.,Master / Sarjana
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat
dc.rightsUKM
dc.subjectPortal Web
dc.subjectSemantic Web
dc.subjectResearch
dc.titlePortal komuniti penyelidikan : penggunaan konsep teknologi semantik dan ontologi komuniti
dc.typetheses
dc.format.pages142
dc.identifier.callnoTK5105.88815.R337 2013
dc.identifier.barcode002012
Appears in Collections:Faculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_84856+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
4.95 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.