Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/476374
Title: Pembelajaran awal suku kata Bahasa Melayu berasaskan teknologi pengecaman suara
Authors: Noor Ain Rosly (P52217)
Supervisor: Dalbir Singh, Dr.
Keywords: Automatic speech recognition
Speech processing systems
Issue Date: 9-Mar-2012
Description: Teknologi pengecaman suara sebagai salah satu alat pembelajaran bahasa berbantukan komputer (PBBK) digunakan secara meluas di Malaysia. Teknologi ini berupaya meningkatkan proses pertuturan dalam pembelajaran suku kata Bahasa Melayu khususnya untuk kanak-kanak pra-sekolah. Kajian lepas menunjukkan bahawa teknologi pengecaman suara digunakan sebagai tutor untuk meningkatkan literasi di kalangan kanak-kanak. Kaedah pembelajaran dan pengajaran secara konvensional di pra-sekolah dilihat tidak mampu menarik minat kanak-kanak untuk menguasai suku kata Bahasa Melayu. Objektif kajian ialah untuk menyiasat kaedah pembelajaran Bahasa Melayu di peringkat pra-sekolah untuk mengenalpasti spesifikasi keperluan sistem yang dibangunkan. Prototaip perisian kursus berkaitan dengan pembelajaran awal suku kata Bahasa Melayu dibangunkan sebagai pembuktian hipotesis. Model pengajaran ADDIE diguna pakai sebagai panduan utama dalam pembangunan prototaip perisian kursus. Prototaip perisian kursus dibangunkan menggunakan perisian Visual Basic 2008 sebagai tapak utama pembangunan untuk menyokong perisian Microsoft Speech SDK 5.1 dan Adobe Flash CS3 sebagai perisian sokongan untuk menghasilkan perisian yang lebih menarik. Kandungan prototaip pembelajaran ini meliputi pembelajaran awal suku kata Bahasa Melayu seperti suku kata KVK (konsonan-vokal-konsonan) dan KVKV (konsonan-vokal-konsonan-vokal). Terdapat tiga modul dalam prototaip ini iaitu Modul Abjad, Modul Suku Kata dan Modul Latihan. Pengujian dijalankan di kalangan kanak-kanak pra-sekolah untuk menilai kelebihan dan kelemahan prototaip. Hasil pengujian menunjukkan maklum balas yang baik daripada pengguna. Prototaip perisian kursus yang dibangunkan berpotensi untuk penggunaan secara meluas kepada kumpulan yang disasarkan dalam pembangunannya.,Voice recognition technology as a tool of computer aided language learning (CALL) is widely used in Malaysia. This technology can enhance speech learning process in Malay vocabulary, especially for pre-school children. Previous research showed that voice recognition technology was used as a tutor to improve literacy among children. Conventional teaching and learning methods in pre-schools are not able to attract the children to master Malay vocabulary. The objective of this study is to investigate the learning of Malay language in the pre-school to identify the prototype requirements and specifications. A prototype software of early learning Malay syllables was developed as a proof of the hypothesis. ADDIE model was used as the principal guide in the development of the courseware prototype. A prototype was developed using Visual Basic 2008 as the main development software to support Microsoft Speech SDK 5.1 and Adobe Flash CS3 as a supporting software to make the prototype more attractive. The content of the prototype includes Malay syllables such as KVK syllables (consonant-vowel-consonant) and KVKV (consonant-vowel-consonant-vowel). There are three modules in this prototype which are the Alphabet or Abjad Module, Vocabulary or Suku Kata Module and Exercise or Latihan Module. Testing was conducted among pre-school children to assess the advantages and disadvantages of the prototype. The test results showed good feedbacks from users. Prototype developed courseware has the potential to be used on the targeted groups.,Master/Sarjana
Pages: 141
Call Number: TK7895.S65N645 2012 3 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_84269+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
3.21 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.