Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/476372
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Salha, Dr | |
dc.contributor.author | Suriati Jamalludin (P47900) | |
dc.date.accessioned | 2023-10-06T09:17:16Z | - |
dc.date.available | 2023-10-06T09:17:16Z | - |
dc.date.issued | 2012-02-31 | |
dc.identifier.other | ukmvital:84261 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/476372 | - |
dc.description | Tesis ini dijalankan untuk mengkaji sistem lelongan konvensional tradisional, aplikasinya dalam Internet serta kekangan perlaksanaannya sistem lelongan elektronik (LE) menurut persepsi syariah Islam. Internet merupakan satu alat untuk memajukan lagi perniagaan hari ini. Kepelbagaian model perdagangan melalui Internet termasuk sistem lelongan elektronik menyebabkan lebih ramai pengguna melakukan pembelian dan lelongan produk atau perkhidmatan melalui Internet. Para pelanggan mahupun peniaga menjadikan Internet sebagai alternatif baru untuk melakukan aktiviti jual beli berbanding media tradisional seperti suratkhabar, televisyen, brosur, radio dan lain-lain. Walau bagaimanapun terdapat lelongan elektronik di Internet tidak memenuhi ciri-ciri lelongan berlandaskan hukum syariah. Ini mengakibatkan pengguna Islam terdedah kepada sistem lelongan elektronik yang mempunyai ciri riba, maisir atau gharar. Oleh itu objektif utama kajian ini adalah menghasilkan dan mengesahkan sebuah kerangka konseptual sistem lelongan elektronik berlandaskan hukum syariah. Secara tidak langsung kajian ini turut mengenalpasti ciri lelongan elektronik konvensional yang meragukan berdasarkan perspektif syariah. Kajian dijalankan menggunakan dua kaedah iaitu kajian literatur dan kajian kes. Kajian kes sistem lelongan elektronik terpilih adalah yang mempunyai bilangan pengguna yang ramai dan boleh disertai oleh warganegara Malaysia. Terdapat lapan kajian kes iaitu Ebay, Lelong.com.my, Sharkybid, Mybid, Swoopo, censtation, Superbid dan Pennyauction. Oleh yang demikian kajian telah mengenalpasti lapan ciri lelongan konvensional yang meragukan dan bertentangan dengan syariah Islam iaitu ciri pengesahan identiti pengguna, penerangan produk, cara pembayaran, yuran bidaan, waktu penutup, harga permulaan, yuran lelongan dan pembayaran melalui pihak ketiga. Seterusnya satu kerangka konseptual sistem lelongan elektronik yang berlandaskan Islam dibangunkan untuk membolehkan sistem diterima pakai dalam undang-undang Islam. Kemudian kerangka konseptual dinilai menggunakan teknik Delphi. Kerangka konseptual yang dibangunkan boleh menjadi asas kepada penggunaan model lelongan elektronik di peringkat komersial. Walau bagaimanapun, pembangunan model yang komersial perlu diiktiraf oleh Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.,This study is to investigate the traditional conventional auction system, its application on the Internet and also the hurdles in applying it, based on Syariah principles. A remarkable invention, the Internet, is widely used especially in the business world. It offers a variety of trading models, and one of it is online auction. Instead of the traditional medium, newspapers, brochures, television and radio, the public now prefer to use the Internet as it provides numerous advantages for its users, who are mainly the buyers and sellers. However studies indicated that some electronic auctions are not syariah compliant. Hence Muslims are exposed to prohibited features like riba, maisir or gharar. Thus the main objective of this research is to develop and evaluate a syariah compliant electronic auction conceptual framework. Furthermore the research also captures several conventional electronic auction features which are not syariah compliant. The research was carried out by two methods. Firstly a comprehensive literature review is conducted. This is followed by case studies. The selected case studies are based on the accessibility of Malaysian users to participate in the online auction. The selected cases were Ebay, Lelong.com.my, Sharkybid, Mybid, Swoopo, Censtation, Superbid and Pennyauction. The study has found eight characteristics which are identification verification, product description, payment method, bidding fee, closing period, starting price, auction fee and payment by third party that do not comply with syariah principles. Based on the findings, an electronic auction conceptual framework is developed in order to comply with syariah rules. The conceptual framework is validated by a panel of experts using Delphi technique. The conceptual framework can be the base for a commercial model of syariah compliant electronic auction. However the model needs to be evaluated by Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia,Master/Sarjana | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Online data processing | |
dc.subject | Internet auctions | |
dc.title | Kerangka konseptual lelongan elektronik berlandaskan syariah | |
dc.type | theses | |
dc.format.pages | 229 | |
dc.identifier.callno | QA76.55.S897 2012 tesis | |
dc.identifier.barcode | 001977 | |
Appears in Collections: | Faculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_84261+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 1.95 MB | Adobe PDF | ![]() View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.