Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/476361
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorShereena Mohd Arif, Dr.
dc.contributor.authorNoor Zeemah Shamsheh Khan (P72355)
dc.date.accessioned2023-10-06T09:17:02Z-
dc.date.available2023-10-06T09:17:02Z-
dc.date.issued2015-12-16
dc.identifier.otherukmvital:83000
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/476361-
dc.descriptionKimia informatik merupakan bidang yang berkaitan dengan aplikasi komputer dan teknik capaian maklumat dalam menyelesaikan masalah bidang kimia. Carian persamaan adalah salah satu teknik dalam kimia informatik untuk penemuan dadah. Teknik ini mengira darjah persamaan antara struktur rujukan aktif dengan struktur kimia dalam pangkalan data. Terdapat dua jenis kompaun kimia; kompaun sintetik dicipta oleh ahli kimia dalam makmal menggunakan kombinasi kimia yang menarik, manakala produk semulajadi adalah kompaun yang berasal dari tumbuh-tumbuhan. Kajian lepas telah menentukan jejak jari terbaik untuk digunakan dengan pangkalan data sintetik. Walau bagaimanapun, dadah berasaskan semulajadi semakin popular dalam penemuan dadah moden. Oleh itu, terdapat keperluan untuk kajian yang mencari jejak jari terbaik untuk digunakan dengan pangkalan data produk semulajadi. Kajian lampau juga menunjukkan pekali persamaan yang digunakan dalam carian persamaan tidak sesuai digunakan untuk semua jenis jejak jari. Selain daripada itu, terdapat bukti yang menunjukkan bahawa jenis jejak jari dan pekali persamaan bergantung kepada sifat keserupaan antara molekul sesuatu kelas aktiviti. Justeru, objektif kajian ini adalah untuk menentukan jejak jari dan pekali persamaan terbaik, serta menentukan Purata Persamaan Pasangan (Mean Pairwise Similarity) untuk melihat kesamaan aktiviti biologi dalam setiap kelas aktiviti bagi set data Taiwan Traditional Chinese Medicine (TCM). TCM merupakan salah satu pangkalan data produk semulajadi akses terbuka. Uji kaji telah dijalankan dengan mengira carian persamaan menggunakan jenis pekali persamaan dan jejak jari 2D yang berbeza. 17 kelas aktiviti telah dimuat turun dari pangkalan data TCM dan digabungkan untuk menjadi pangkalan data produk semulajadi. Kemudiannya, ia ditukarkan kepada 12 jenis jejak jari 2D iaitu ECFP2, ECFC2, FCFP2, FCFC2, ECFP4, ECFC4, FCFP4, FCFC4, ECFP6, ECFC6, FCFP6 dan FCFC6. Nilai persamaan diukur menggunakan pekali persamaan Tanimoto, Russell-Rao, Forbes dan Euclidean Distance. Hasil kajian menunjukkan bahawa pekali Tanimoto menunjukkan prestasi yang lebih baik berbanding 3 pekali lain yang diuji. Kajian juga mendapati bahawa jejak jari ECFC4 merupakan jejak jari yang terbaik berbanding dengan 11 jejak jari yang lain. Secara amnya, analisis menunjukkan bahawa TCM merupakan sebuah pangkalan data yang bersifat heterogeneous dan mencabar untuk tugasan carian persamaan. Hasil kajian ini dapat digunakan bagi membantu ahli kimia membuat keputusan yang lebih tepat serta menjimatkan kos dan masa dalam proses pembangunan dadah.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat
dc.rightsUKM
dc.subjectPangkalan data produk
dc.subjectJejak jari 2D
dc.subjectTeknik carian
dc.subjectPekali persamaan
dc.subjectKimia informatik
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.titlePerbandingan teknik carian persamaan 2D untuk kegunaan penyaringan maya menggunakan pangkalan data produk semulajadi
dc.typetheses
dc.format.pages79
Appears in Collections:Faculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_83000+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
190.84 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.