Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/476360
Title: | Rangka kerja pengurusan projek pengujian perisian secara penyumberan luar |
Authors: | Fatin Filzahti Ismail (P71686) |
Supervisor: | Rozilawati Razali, Prof. Madya Dr. |
Keywords: | Pengujian perisian Penyumberan luar Produk perisian Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 16-Nov-2015 |
Description: | Pengujian perisian secara penyumberan luar semakin menjadi tarikan kepada organisasi yang ingin memperoleh produk perisian yang berkualiti tinggi dengan kos yang munasabah. Inisiatif ini membolehkan organisasi untuk menumpu kepada pembangunan produk sementara mempertanggungjawab pakar pengujian untuk menjamin kualiti produk. Oleh kerana pengujian dikendali oleh penguji yang berpengalaman dan berkelayakan, projek boleh dipercepat tanpa menjejas kualiti produk. Di samping itu, produk juga dijangka berfungsi lebih baik memandangkan pengujian dilaksana secara objektif dan terbuka oleh pihak ketiga yang tidak terlibat di dalam proses pembangunan. Walaupun kelebihannya meyakinkan, masih terdapat projek pengujian perisian secara penyumberan luar yang gagal menepati tempoh dan kos yang diperuntuk serta tidak memenuhi jangkaan pelanggan. Ini adalah kerana organisasi tidak mengetahui dengan jelas pengendalian yang sepatutnya kerana tiada panduan khusus untuk melaksana projek seumpamanya. Justeru, kajian ini bertujuan untuk menghasilkan rangka kerja pengurusan projek pengujian perisian secara penyumberan luar yang mengambil kira aspek proses serta pelaksana yang terlibat. Rangka kerja ini dibangun dengan menggunakan kaedah kualitatif yang menggabung kajian teoritikal dan empirikal. Kajian teoritikal adalah berdasarkan sorotan susastera terhadap pengurusan projek perisian secara penyumberan luar yang umum serta khusus untuk pengujian perisian. Kajian empirikal pula melibatkan sesi temu bual separa berstruktur bersama pengamal industri yang mewakili pihak pelanggan dan pembekal. Data yang diperoleh melalui kajian teoritikal dan empirikal dianalisis menggunakan kaedah analisis kandungan untuk menghasilkan rangka kerja yang dicadangkan. Rangka kerja tersebut kemudiannya disahkan oleh pakar pengujian perisian secara penyumberan luar. Rangka kerja ini boleh dijadikan panduan oleh pengamal industri untuk mengendali projek pengujian perisian secara penyumberan luar dengan berkesan.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah" |
Pages: | 216 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_82999+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 346.32 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.