Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/476351
Title: Capaian maklumat secara semantik dalam pangkalan pengetahuan terbuka dengan menggunakan teknik petua
Authors: Hafizah Zulkifli (P56102)
Supervisor: Lailatul Qadri Zakaria, Dr.
Keywords: Capaian maklumat
Teknik petua
Pangkalan pengetahuan terbuka
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 27-Mar-2015
Description: Capaian maklumat semantik dalam pangkalan pengetahuan terbuka adalah penting dalam merealisasikan visi web semantik dan meningkatkan kualiti capaian maklumat. Pangkalan pengetahuan terbuka bertindak sebagai medium pengurusan pengetahuan supaya maklumat dapat dikumpul, diatur, dikongsi, dan dimanfaatkan. DBpedia adalah salah satu contoh pangkalan pengetahuan terbuka dan ianya dihasilkan melalui projek pengekstrakan maklumat dari laman web Wikipedia. Namun begitu, DBpedia menghadapi masalah kualiti data yang rendah dan ketidakkonsistenan data terutamanya dalam aspek pelabelan set data yang tidak seragam. Ini menyukarkan proses pencarian maklumat secara semantik terutamanya kepada pengguna yang tidak mempunyai kemahiran dalam bahasa pengkuerian RDF iaitu SPARQL. Matlamat utama penyelidikan ini adalah membangunkan suatu aplikasi capaian maklumat semantik bagi membolehkan pengguna mencapai maklumat DBpedia dengan mudah. Objektif penyelidikan ini terbahagi kepada tiga iaitu untuk menjana petua bagi menangani isu ketidakkonsistenan maklumat dalam DBpedia, membangunkan aplikasi capaian maklumat semantik dengan menggunakan teknik petua bagi membantu pengguna yang tidak mahir dengan SPARQL dalam DBpedia dan menguji serta menilai penggunaan petua dalam aplikasi capaian maklumat yang dibangunkan. Teknik petua yang merujuk kepada kueri SPARQL yang diformulasikan khusus untuk mencapai sesuatu maklumat semantik dalam DBpedia digunakan dalam kajian ini. Di samping itu, aplikasi capaian maklumat semantik juga dibangunkan untuk membantu pengguna yang tidak mahir dalam SPARQL untuk mengkueri maklumat dalam DBpedia. Melalui aplikasi tersebut, pengguna boleh menghantar kueri berbentuk kata kunci umum ataupun kategori dan label. Kueri ini kemudiannya dipadankan dengan petua yang bersesuaian dan diterjemahkan ke dalam bahasa SPARQL. Hasil kueri kemudiannya akan dipaparkan menerusi antara muka pengguna. Pengujian aplikasi dilakukan dengan menggunakan kaedah soal selidik. Soal selidik capaian maklumat yang dijalankan menunjukkan teknik petua telah menghasilkan keputusan lebih baik berbanding tanpa menggunakan teknik petua. Ini menunjukkan teknik petua boleh membantu dalam mengatasi masalah konsistensi data di dalam pangkalan pengetahuan terbuka tersebut. Selain itu, aplikasi ini turut membantu pengguna yang tidak mempunyai kemahiran SPARQL dalam mencapai maklumat dalam DBpedia.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana / Doktor Falsafah"
Pages: 85
Publisher: UKM, Bangi
URI: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/476351
Appears in Collections:Faculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_82214+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
94.4 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.